06 July 2013

KOTA KINABALU - PART 1


Akak berjaya merajinkan menaip posting nih.. kalau uols tengok dah publish tu maksudnya akak telah berusaha gigih nak start menaip.. selalunya akak maik mood dok browsing blog orang sampai  nak taip citer kat blog akak dah malas...




Pada 27 Jun 2013 akak telah berpergian ke Kota Kinabalu.. kali nih akak nak bawak anak akak bercuti kat  dalam negeri.. chewahh macam lah selalu jalan ober the sea kan.. melampau sungguh.. tapi kali nih akak sajer cari flite yang memakan masa lebih 2 jam.. cadang nak santai santai ke dalam negara.. tapi percutian dalam negara lagi banyak pakai duit uols..  Bermula sesi merebut tiket Air Asia sejak dari bulan sept 2012 lagi.. dapatlah price for 3 person RM390 returned.. murah kan.. tapi setelah menambah perlbagai perisa siap nasi beriani dan nasi ayam pergi balik serta pilih tempat duduk bagai dan bagasi terus berjumlah RM548.. flite pulak awal pagi.. pukul 6.30am dah bertolak


 Disebabkan flite tersangat awal pagi dan akak perlu berada di airport dalam pukul 4.30am maka akak mintak tolong adik lelaki akak hantar akak ke airport..rumah dia kat puchong je.. dekat dengan LCCT tu pun masih nak pakai GPS apa daaaa..!!! memula cadang nak amik teksi tapi tanya rate dari gombak RM130 sebab awal pagi rate mahal dan nak naik LRT pun tak tak jalan lagi terpaksalah mintak bantuan adik akak hok yang memamg tersangat terrer jalan tu.. suspend jugak takut terlepas ke nilai heheheh..


Okey nak habaq sikit.. kalau uols amik flite pagi sila lah pergi ke airport awal dua jam yek..memandangkan memang tersangat ramai manusia kat airport nak drop luggage.. paling ketara ramai ialah penerbangan antarabangsa.. pernah jadi kes tengah beratur kaunter tutup tak sempat nak drop luggage.. tidor kat lantai airport pun dah menjadi pandangan biasa.. lebih lebih lagi mat salleh..selamba je tak payah hotel bagai.. tapi jangalah siap pasang khemah kan..


Tepat 6.30am we all pun berlepas ke Negeri Di Bawah Bayu.. rasa teruja gak since masa tu KL berjerebu memang right timing lah ke Kota Kinabalu.. kali terakhir akak ke Kota Kinabalu pada tahun 2003 kot.. dah 10 tahun tak jenguk kat sana..


Perlahan lahan langit beransur cerah..dan paling best langit cerah tanpa jerebu.. :) Perjalanan memakan masa selama 2.5jam.. anak akak yang tak mo tidor malam tu all the way dalam flite selepas makan nasi ayam tidor sampai berdengkur..dah sampai pun tak nak bangun terpaksa lah Addy dukung.. nasib baik we all travel light.. Light lah sangat.. balik KL beli beg baru gak hehehehe


Pasal urusan sewa menyewa kenderaan akak memang totally bagi kat Addy uruskan.. sekali Addy sewa Viva Elite dengan bayaran RM80 sehari dan tambahan RM5 setiap jam lewat pulang.. dah lah hari nih nak terus berangkat ke Kundasang yang jalan berbukit bukit nih.. lepas ke nak panjat bukit.. Sebelum naik ke Kundasang akak tuang minyak dulu RM49.. tapi akak dah pesan kat Addy suruh bagi tau owner kereta tu yang we all nak berangkat ke Kundasang.. takmo lah bagi kereta yang tayar botak dan brake haus.. sekali akak tengok dalam dash board kereta ada resit dia tukar tayar seconhand sehari sebelum kami sewa tu.. dah lah bunga tayar tak sama dan agak slippery..maklumlah tayar second hand nih keras dan tak grip kat jalan.. bawak memang kena berhati hati tak lebih 80km/h sabar je lah..


Tapi sejuk je hati bila dah sampai kat area Kundasang.. nampak tersergam gunung kinabalu.. rasa damai sangat.. First time akak dapat tengok gunung kinabalu secara live dekat dekat.. kagum sangat taw..

Jalan di Ranau semua dalam proses penurapan agak slow lah perjalanan.. tak pe akak tak kisah seba kat sini cuaca dia sejuk dan nyaman.. sepanjang jalan bukak tingkap sahaja nak menghirup udara segar..


Pukul 12.00 tengah hari we all sampai di Kinabalu Pine Resort.. since check in hanya pukul 2.00 petang makan we all uruskan registration sahaja.. dan yang paling best view dari balcony bilik akak sangat cantik.. highly recommended.. direct terus nampak Gunung Kinabalu.. tak sabar nak check in..nanti akak story pasal bilik akak yek dan bilik mana yang uols boleh pilih kalau menginap di sini..


Sedikit information jenis jenis puncak gunung kinabalu.. tetiba terasa teringin nak mendaki.. tapi apakan daya.kalau orang lain mendaki 3 jam akak maybe amik masa 24 jam heheheheh


Ini lah si Viva yang macam bunyi enjin diesel lepas jugak naik ke Kundasang.. Auto lagi uols..memang semputlaa.. since bilik tak ready lagi we all decide g Lunch dulu


Dah pukul 1.00 patutlah perut lapar.. padahal dalam flite tadi akak makan nasi beriani.. tapi kalau duduk kat te,pat sejuk memang perut sentiasa lapar.. ntah cacing apa lah duk dalam perut nih.. Alli tak bangun bagun lagi.. tak kan nak tinggal dalam kereta.. hilang anak akak kang.. terpaksalah pangku bergilir gilir . We all lunch kat Ayam Antarabangsa Kundasang.. sedapke?? ntah we all order Kepak ayam 12 pecs (6 take away) tak ada lah sedap mana.. tapi layan gak..


Akak perasan makan kat Kota Kinabalu agak mahal.. kepak ayam nih RM18 tuk 12 pcs kira okey lah kan.. tapi air Teh O dan Teh O Ais RM3.20.. Teh o Ais RM2? huh mahal kannn


 Multi tasking makan sambil riba anak yang dah besar gedabak.. berat weh..


Lepas makan we all bergerak ke Desa Cattle Farm.. nak tengok lembu macam kat New Zealand katanya..

Fees yang di kenakan.. akak pun tatau fee untuk apa.. bukan nak pegang lembu tu pun.. kat dalam tu sah sah kena beli susu bukan dapat percuma pun


Dalam gambar memang cantik..dengan berlatar belakangkan gunung ganang dan kabus bagai.. tapi bau dia menusuk hidung sampai jantung hahahahahha.. nasib baik dalam gambar tak boleh keluar bau..


Jangan lepas kan peluang merasa susu kotak segar dari ladang.. perisa cokelat dan plain..Akak dan Addy memang pengemar susu fresh nih..


Aiskrim dia memang lazat.. dah kata fresh milk kan.. bagi makan 3 kon pun akak boleh habiskan tapi mahal RM4 satu aiskrim.. kat ikea singgit  je heheheheheheh rasa lebih kurang pun


We all menunggu time nak perah susu lembu.. kalau uols nak tgk orang perah susu lembu sila berada di sini pukul 3 petang yek


Lembu lembu nih sungguh pandai.. siap beratur nak kena perah susu..dapat upah kot..



Ini lah susu kotaknya.. tak cukup minum kat sini siap tapau nak minum kat bilik.. patutlah badan akak sihat bolat camni tak berubah..

Memang sejuk dan nyaman tapi minus bau taik lembu..hahahahaha


Sebelum balik akak bergambar kat tempat famous nih..semua orang bergambar kat sini akak nak jugak.. okey lah.. since we all dah kepenatan.. tak ada nak pergi mana mana dah.. pikir nak check in dan tidor jer..  makan malam dah tak payah pikir sebab include sekali dengan harga bilik..

No comments: