08 July 2013

KOTA KINABALU - PART 2

Kinabalu Pine Resort.. hmm apa akak nak cakap yek..marvelous.. akak bukan nak cakap bilik dia 5 star ke apa.. tapi view Gunung Kinabalu dari bilik penginapan.. memang akak tak boleh lepas pandang Gunung Kinabalu tu.. terbayang bayang sampai sekarang.. akak tak tau orang lain..maybe ada lagi resort yang boleh mengadap 24hr Gunung kinabalu direct tanpa halangan.. cuma awan je yang boleh menutup Gunung Kinabalu tu

Sebulan sebelum berangkat ke Kota Kinabalu akak telah booking bilik nih dan special request akak nak duduk kat Block P...kenapa Block P..sebab block P bagi akak mempunyai pemandangan yang sangat menarik setelah akak baca di Trip Advisor, Agoda dan Blog.. dan tak salah akak memilih.. bagi yang suka menginap mengadap Gunung sila request bilik No P1 ( Twin Bed)  P2(katil double) bilik Superior Standar.. lebih murah dari Bilik Deluxe yang akak rasa tak menarik view dia dan terhalang oleh pokok..P3 dan P4 berada di tingkat bawah..

Jangan lupa masa check in kena sediakan deposit RM200.. bilik akak nih siap dengan dinner for 2 kerana akak rasa berbaloi amik  makan sekali sebab malam malam kat Kundasang nih ada ke kedai yang bukak tuk makan malam?


Akak suka kalau katil single sebab akak dapat dua selimut.. sejuk dan nyaman je.. ada kipas tak ada aircond.. tak perlu aircond yek..sejuk gigil gigil.. hujan pulak malam tu memang lemau je lah..


Shower pun ada heater
TV zaman purba kala.. tapi ada siaran Astro Movie..:)
Ada kettle dan hair dryer
Open concept almari baju
Tempat lepak yang paling best.. balcony yang luas.
Kat balcony nih akak lepak lepak makan kepak ayam selepas dinner.. dasar perut tong sampah.. sejuk gigil pun nak lepak kat balcony..jakuness in me :)

View dari dalam bilik
TV dan telephone
Dan ada internet wifi free :) lagi satu akak suka sebab banyak pluq electrik.. nak charge tepon camera pun tak yah berebut.. tapi seperti biasa kalau akak travel akak mesti bawak 3 gang plug adapter..




Dari bilik akak sebelah kanan boleh nampak tempat meninjau or plantar nak rilek sambil tgk gunung kinabalu.. akak tak perlu ke situ sebab bilik dari bilik akak memang view sangat cantik dari atas pelantar ituw.. sampai waktu pagi akak sedar dalam pukul 5.00 pagi ada orang dah setup tripod nak amik gambar gunung kinabalu waktu pagi depan bilik akak.. i dont mind sharing the view :)

Tangga ke bilik akak
Balcony akak dan balcony jiran akak



kalau nak tgk gunung kinabalu kena waktu subuh sampai pukul 9 je max..selepas tu puncak Gunung Kinabalu telah di litupi awan

Akak bagun awal pagi semata mata nak tgk gunung.. ketika ini pukul 6.00 pagi
Pukul 5.30 pagi :)

Pukul 7.00 pagi :)
pukul 8.00 pagi
pukul 9.00 pagi
Rabbit house..ada lah dalam 10 ekor
Our one day stay cabin :)
Deluxe room tak de view Gunung:)
Kat pelantar nak tgk gunung
After breakfast Gunung dah tak nampak
3 of us.. 
Another deluxe room..

Okey akak rasa uols dah boleh bayangkan keadaan kat situ.. banyak pokok pine. tenang, sunyi dan damai sejuk... so kalau ke Kundasang Pine Resort sila request room no P1 dan P2 :) value for money..

4 comments:

SaraGurL said...

HI SIS...im ur new reader.. :p
sy pnh stay kt kinabalu pine resort ni..
mmg terbaik! klu ade rezeki mmg sy plan nk pg sini lagi....

Yus said...

Saragurl... best kan pine resort nuh. Next time akak nak g sini je tak mo gi bandar KK.. tenang je...

*azie* said...

Sis...nk ty..yg katil 2 single p1 @ p2

Yus said...

Azie.. katil single P1...