17 July 2013

KOTA KINABALU - PART 3

Cak!!!! hamboi bulan ramadhan nih macam blog akak nih terus puasa gituew.. maklumlah busy masak sahur tiap hari.. pukul 4 pagi tau akak bangun tiap tiap hari.. pastu tidor balik kul 7.00pagi.. pastu bangun balik kul 12 tengah hari.. siap siapkan anak pergi sekolah.. hantar lepas tu pukul 1.30 ptg baru sampai rumah.. pastu keluar kan haiwan yang telah diternak dalam esbok.. buat kerja rumah sikit.. kul 4.00 petang kuar amik naka balik dan sampai umah pukul 5.00 dah nak start memasak tuk berbuka.. penat taw.. malam lak tarawikh abih kul 10.30.. man alah akak nak hadap blog nih.. (akak hadap candy crush nok!!!)

Okey tinggalkan kisah akak yang boring sebagai suri  rumah nih. moh kita sambung citer Kota Kinabalu nih.. akak check out dari hotel kinabalu Pine Resort pukul 9.30 pagi.. memang sengaja check out awal sebab banyak tempat nak pergi hari nih.. dan kalau boleh nak sampai kat Bandar Kota Kinabalu sebelum pukul 4.. nak pulang kereta sewa nih pulak..


Sg Muroli  nih terletak di Ranau.. kira kira 30 minit (20km) menghala ke Sandakan dari Kinabalu Pine Resort tu.. tapi tak terasa pun 30 minit drive tu.. cuaca yang sejuk dan pemandangan gunung ganang memang buat kan akak rasa kagum sangat ciptaan Allah.. beruntung orang yang tinggal di puncak bukit.. sepanjang perjalanan akak perhati selang 1km mesti ada gereja geraja kecil bagi penduduk kampung.. masjid pulak tak banyak kelihatan..



Akak sampai kat Kg Luanti Ranau lebih kurang pukul 10.15... sebelum tu akak telephone dulu Mr Jeffrin Manjangki (016-8066598) bertanya tentang lokasi tempat nih.. dan Mr Jeffrin sangatlah peramah menerangkan tentang lokasi Fish Spa nih.. Beliau nasihatkan datang lebih kurang pukul 10 pagi kerana kalau awal pagi air keruh sebab semalam hujan lebat di Ranau.. Bayaran masuk ialah RM5 dewasa dan RM2 bagi kanak kanak

Parking Area

Rules and Regulation

Waiting Area



Sebelum nak terjun dalam sungai nih kena amik no giliran.. masa yang di beri ialah 15 minit sahaja.. setiap kumpulan diberikan nombor.. bila penjaga announce nombor kita masuklah ke dalam kawasan sungai.. since masih awal akak dapat no group ke 6.. Addy happy je.. dia tak naik naik ke darat sampai masa tamat..


Memang meriah sungguh ikan dalam nih.. naik seram akak nak cecah kaki dalam sungai heheh.. akak main kat tepi tepi je tu pun dia menderu datang.. dia gigit gigit  manja kaki kita.. tapi memang agak geli laa.. Ikan dalam ni ikan kelah dan ikan lampam..besar besar uols.. akak rasa akak terpijak jugak beberapa ekor sebab menderu datang nak belai kaki akak nih.. sekejap je tak sampai 30 saat akak naik ke darat.. akak nih geli sikit kalau ikan masih idup..kalau mati dah macam macam akak boleh buat lauk.. rasain duduk dalam periuk belanga akak..


dalam pukul 11.00 pagi we all off to Kinabalu Park.. happy je dua beranak tu.. sorang kaki dia sangat lembut dan bersih katanya dan sorang lagi syok bagi ikan makan je..


Gebu tak kaki Addy.. tak berani dia nak cecah kaki sampai paras lutut sebab ikan tu gigit bulu kaki katanya hahahahahahaha

Kira kira pukul 11.30 akak sampai kat Kinabalu Park.. sesiapa yang nak hiking semua akan berkampung di isni nak memulakan pendakian.. akak tengok mat salleh selamba je berjalan kaki dari entrance ke Pondok Timpohon.. akak mendaki jugak tapi naik Viva.. heheheheh

Bayaran masuk ialah Rm3 bagi dewasa.. alli free je


Gambar di atas macam sumandak Sabah tak? heheheh




Anak akak dah tinggi.. dah paras dada akak nih.. walaupun bulan 12 nanti baru genap 6 tahun





Ini ada lah starting point bagi sesiapa yang hendak mendaki.. tapi kena ada pas kebenaran lah yek.. kalau kat luar luar nih boleh je bergambar dan tengok orang yang baru turun dari gunung


Ini adalah rekod setakat tahun 2012.. akak percaya porter porter dari sabah sure lagi hebat tapi tak masuk bertanding je kot..sebab akak tengok ada group mat salleh tu dah tercungap cungap semasa baru tiba dari gunung.. tapi porter dia budak sabah dalam lingkungan 16 tahun selamba pakai selipar dan gunakan payung je sebagai tongkat giler rilek.. tak ada tanda tanda penat pun.. kalau akak mesti siap dengan kasut sukan paling power.. knee pad dan macam macam gear lagi.. lepas tak lepas belakang kira kan..


Laluan ke Puncak gunung kinabalu


Sebelum berangkat turun bergambar dulu.. tapi masa nih hujan dah start nak turun dengan lebat.. akak risau keadaan kereta sewa nih..so kami turun ke Bandar kota kinabalu dengan berhati hati sebelum tu kami singgah dulu kat Pekan Nabalu beli sedikit cenderamata dan kerepek tempatan







tapi tempat nih memang mahal kot.. maybe dia atas bukit dan  tempat pelancongan .. tapi akak tetap beli Fridge Magnet RM24 untuk 8 biji.. Alli pulak sibuk nak beli lastik dari kayu tu.. kat kampung akak boleh buat sendiri bende tu .. tapi dah dia nak jugak so bayarlah RM10 dan akak beli kuih cincin dan sedikit kerepek untuk kudapan sepanjang turun dari Ranau ke Kota Kinabalu

Sebelum akhir episode nih.. akak upload video akak di Tagal Sg Moroli Kg Luanti Ranau.. tatau bila akak nak sambung balik citer Kota Kinabalu..


Bye.. see uols again.. akak nak Zzzzzzzzz dah nak pukul 6.30 pagi dah nih.. ngantuk uolssss

No comments: