23 July 2013

KOTA KINABALU - PART 6 (MANUKAN ISLAND)

Hari ke 3 di kota kinabalu.. akak dah terbangun pukul 5.00 pagi.. ntah kenapa kalau kat Sabah nih memang automatic pukul 5 pagi mata akak dah terbukak.. semangat nak jalan jalan or sebab pukul 6 dah cerah tatau lah.. 

Lepas akak packing beg kecik akak nak ke pulau.. pukul 8.30 akak breakfast dulu kat kedai mamak on the way nak ke Jeti..akak dah survey harga tiket kat Jesselton Jetty.. Rate dia seperti di bawah.. yang nih akak survey tuk ke satu pulau je seperti manukan yang lebih tourist friendly akak rasa.. lagipun akak tak plan nak stay kat pulau sampai petang.. kalau boleh by afternoon akak nak balik dah.. uols larat ke duduk kat tempat panas satu hari :).. lagipun masa akak stay kat KK nih manjang hujan waktu petang..

Ke Pulau Manukan 

Dewasa
boat ticket : RM23
Jetty Fee: RM7.20
Island Fee : RM3.00
Total RM33.20 seorang

Kanak Kanak 2 tahun dan ke atas
Boat Tiket : RM18
Jetty Fee: RM3.60
Island Fee: RM1
Total RM22.60 seorang

Boat kami naik
Tapi tengah akak menapak ke Jetty dari hotel (actually agak jauh gak dalam 2 km) sampai lepas je sikit dari pasar Philipine ada penjual tiket..kalau akak panggil ulat lah dok tawar harga tiket boat ke Pulau Manukan.. rate dia tawar ialah RM30 bagi seroang kanak dewasa dan kanak kanak free.. so total akak kena bayar RM60 dan RM6 Island Fee so total kami bertiga ialah RM66.. bagi yang bajet macam akak kira murah laa..kalau beli kat Jetty sah sah akak kena RM89 tuk 3 orang..

Rental life jacket dan goggle ialah RM15 satu set..


We all tak naik kat Jesselton Jety.. kami naik kat dengan pasar philiphine je bersama dengan penduduk pulau Gaya.. tapi dorang naik boat yang tak ada bumbung tu


 Akak seram tgk dorang nyer boat naik ramai ramai.. siap ada cina nak pasang piring astro dish naik sekali.. orang pulau Gaya nak pasang Astro katanya kan..


Okey fine boat kami seramai 7 orang je dan sorang minah salleh dari france.. gerak ke Pulau pukul 9.00 pagi..sepanjang jalan minah france nih banyak berkomunikasi dengan akak dan kat pulau we share kat mana ada nemo fish.. tapi dia terrer berenang.. laju je dia ke tengah dah lah ombak agak kuat.. akak malas nak snorkeling kat sini sebab frust kat sini tak secantik Redang dan Perhentian dan air dia agak keruh jugak.. tak jernih sangat lah.. dan banyak dead coral dan batu kat pantai bahagian cetek..


boat dalam 10 minit je dah sampai ke Pulau Manukan.. dari tepi bandar Kota Kinabalu pun dah nampak pulau tu.. sebab tu akak rasa air dia tak cantik kerana terlalu hampir dengan pulau penempatan penduduk seperti Pulau Gaya yang akak rasa dorang memang buang segala sampah sarap dalam laut..


 sampai kat Jetty Pulau Manukan


Cuaca memang panas terik.. akak tak pakai sun block sebab menjaga keselamatan coral.. coral nih alah kepada sun block.. tapi malangnya coral kat sini dah lama mati..kesian.. tapi kalau nak tgk ikan warna warni still banyak lagi tapi tak sebanyak kat redang dan tak secantik ikan kat Redang Island



 Sebab air tak cantik anak akak pun tak ada semangat nak swim dia lebih suka main pasir dan swim sikit sikit..


Yang akak suka kat sini ialah kawasan dia banyak tempat nak letak barang dan redup dengan pokok.. last akak jejak kat sini 10 tahun lepas dan kali nih akak siap bawak kain pelikat nak buat alas.. tapi banyak je meja.. tak pe boleh buat cover barang akak masa nak pergi snorkeling nanti.. akak pilih spot dekat dengan life guard..senang nak suruh dema tgk kan barang akak kan..

Dua beranak main tepi pantai je

Alli suka main pasir

Kawasan pantai yang redup

Kerusi dan meja banyak disediakan kat tepi pantai



 Kepada sesiapa yang nak menyewa mask snorkel dan fin boleh sewa kat sini dan tikar pun dorang sewakan.. tapi harga dorang mahal sikit dari yang akak dapat dari boat man akak tadi kan


Pasir di manukan Island




Akak tertarik dengan peralatan nih. nama dia Scuba Doo. mengikut kata owner nih dia yang reka dan buat bende nih.. orang lain tak ada..sebab dia tak jualkan patent nih kat sesiapa pun bagi yang tak tahu berenang dan takut dengan kedalaman boleh je sewa bende nih RM150 tuk lebih kurang 45 minit rasanya.. setiap Scuba Doo nih di datang kan dengan seorang divers


Dia macam naik motor dan kita masuk kan kepala kita kat dalam bende bulat tu..air tak masuk kat situ dan kita dapat bekalan oksigen.. nak tgk ikan sambil makan dan minum pun tak pe.. Divers akan amik segala bentuk kerang dan sua kat cermin tu tuk kita pegang dan tengok.. bende nih attached dengan tali dan akan tenggelam lebih kurang 5 meter ke dalam laut tapi dia tak jejak ke lantai laut.. ala ala macam cable car laa..




bende nih akan di tolak oleh divers ... seorang satu ada divers masing masing dan dia akan parking kat tengah laut tuk melihat lebih banyak ikan dan coral kat situ.. sesiapa yang tak pernah snorkeling kat laut dalam boleh try..mana tau jenih yang takut nak snorkeling tu kan.. bagi akak yang dah biasa ke tengah laut.. boleh berenang sendiri .. :) lagipun rambut tak basah sebab tekanan dalam helmet tu tak membenarkan air kena kat muka kita.. tu akak kata boleh makan dan minum sekali dalam laut heheheheh



kat sini tempat nak salin baju dan mandi memang best.. besar dan bersih dan banyak.. uol bawak jelah sabun dan syampoo.. dah towel sendiri.. puas hati lah bilik air dia memang banyak dan air laju je.. sedap lak mandi lepas melekit mandi laut..

Dalam pukul 1.00 tengah hari akak dah janji ngan boat man suh amik akak dan Minah salleh tadi.. nasib baik we all bertolak kul 1.. kalau pukul 2 tadi memang tak sampai lah ke bandar sebab hujan dan ribut sangat kuat.. boat kecik semua tak boleh ke tengah kena tolak ke tepi balik. akak tengok laut gelombang kuat masa tengah lunch kat Suria Sabah.. Food court dia mengadap laut :)

2 comments:

Time Traveller said...

Waahh.. apakah alat menyelam itu.. sungguh seronok :D

Yus said...

Time traveller

Kalau ada extra money boleh je cuba.. RM150.. tapi kenangan sepanjang hayat tu...