06 July 2013

PERSONALIZED ATM DEBIT CARD DAN KECANTIKAN

Selingan yek.. hari nih akak gigih pergi ke Mid Valley sempena Maybank treat Fair.. Tujuan pergi treat fair nih nak tukar kad ATM sebab masa treat fair nih lah ada booth bukak boleh personalized gambar kat ATM Debit Card tu muka kita..heheh best kan.. setahun sekali je ada nih.. dari 4 Julai 2013 hingga  7 Julai 2013

Punyalah ramai umat manusia.. maklumlah masing masing ada yang nak redeem pint credit card dan macam macam lagi lah.. tersangat ramai hokey.. kawan akak yang kerja maybank dah pesan awal awal.. sila pilih gambar yang paling anda suka dan simpan dalam thumb drive.. kalau simpan dalam handphone punyalah lama nak memilih..jadi rambang mata kan.. so akak akur.. laki bini prepare gambar yang paling we all suka ..


Akak telah memilih gambar akak dan Addy masa kat kundasang... gambar bulaaaaan madu di awan biru.. hanya kita berdua.. comel kannnnn!!!!tapi walaupun kaunter yang dia bukak dalam 6 unit tapi memasing lambat nak memilih gambar yang beratus ratus dalam handphone..kalau boleh dorang nak letak semua gambar kot.. sejam setengah gak akak beratur.. Addy letak gambar kami bertiga kat ATM card dia.. tapi akak tak mo tunjuk Addy punya sebab gambar akak tak cantik..sajer je tau dia nak sabotaj akak.. kalau uols berminat sila lah berasak asak ke sana.. dan akak juga telah berjaya redeem point maybank..akak amik  rice cooker yang comel dan kecik satu dan satu induction cooker dan satu kuali tuk induction.. total akak redeem point ialah 39 000 points..ada balance lagi 20 000 points akak nak redeem tahun depan pulak lah...


Dan satu lagi akak nak citer.. BFF akak dah upload kat blog dia yang dia pakai bedak Tanaka ala ala Nora Danish kan.. seperti biasa dia akan cakap bende tu memang  best.. buat muka dia jelita persis Nora Danish.. akak rilek je.. sebab kawan akak nih selalu hangat hangat taik kuceng..dah lama sikit mula lah kata muka dia nak jerawat laa.. sure dia tolak kat akak ...... dulu kemain dengan bedak Arab dia.. dengan rumpai laut dia makan.. tak kira lagi segala produk nak bagi kulit cantik semua dia dah try.. kira nya dia macam living proof human lah hahahahaah gigih nak cantik.. akak nak show off jugak kat dia nih.. akak beli satu dozen bedak Collagen Rice Milk nih.. Rm10 sedozen .. buat sabun badan.. bukan setakat muka je cantik macam nora danish.. kulit badan macam kulit baby nanti taw.. pastu akak gi kota kinabalu akak beli Pure Marin Collagen Gluta Whitening Scrub @ bedak sejuk bagi muka akak berseri seri putih bercahaya..

Akak malas watapp kat dia.. nanti dia meroyan nak suh akak beli sampai satu dozen gak hahahaahah.. nanti raya aidilfitri nih maybe kulit muka dia cantik jelita tertarik de bomb tapi kulit badan kita tak tau.. tapi dia tengok akak nanti satu badan dari atas sampai bawah bersinar sinar uols (berangan tak hengat)..

Sebelum akak kena bom lazer mulut berapi dia.. harus akak undur diri.. bye uolsssss!!!!

No comments: