21 August 2013

BIAR BUTA MATA.... JANGAN BUTA HATI

Hai.. akak tak mo hembus hembus debu nak bersihkan sawang dalam blog nih. akak memang sajer biar dia bersawang.. sebab apa..? kali nih akak bagi alasan laki akak tak bayar bil letrik dan bil internet.. dekat sebulan umah akak bergelap dan terputus hubungan luar.. dan tepon akak hilang lagi boleh??? dan masak air pakai dapur gas je.. mandi air sejuk setiap pagi.. sian kan.. '

Tapi ada satu kisah akak nak citer lagi sebak dan sedih.. kerana kelalaian orang lain .. kanak kanak jadi mangsa.. angkara mercun.. akak tak baca paper sebab macam macam versi yang keluar..apatah lagi forum sampai akak tak daya nak menepis sengsorang dalam forum tu..  tapi yang terjadi nih adalah sahabat akak ketika akak di sekolah menegah dan alhamdulillah kami still keep in touch dan akak agak terkejut dan tergamam tentang peristiwa ini..



Nama kawan akak Intan Binti Alias tapi we all panggil dia Kak As sebab masa sekolah dia sangat berminat dengan Ogy Ahmad Daud yang belakon sebagai Asmidar dalam Ali Setan.. ye akak tau akak dah tua.. zaman 80an sangat kannnn.. dan satu satunya anak Kak As nih nama dia Aleya Alysha Abdul Rahim 8 tahun akak panggil baby je lah....sepanjang perkenalan akak dengan Kak As.. akak hanya tahu Baby cuma dibesarkan oleh Ibu dia seorang iaitu Kak As.. tapi Baby tak kurang kasih sayang sebab baby merupakan sorang kanak kanak yang sangat berdikari dan dewasa dari segi perbuatan dan percakapan dan bijak dalam pelajaran..

 Mengikut pemahaman akak.. ketika kejadian Baby berada di rumah Babysitter merangkap Makcik dia di puchong sejak awal lagi kerana makcik dia mengadakan rumah terbuka sempena syawal.. dan ramai saudara yang berkumpul dan sepupu sepapat..Baby sangat teruja nak ke situ kerana hendak bermain dengan sepupu nya dan Kak As pun hantar ke rumah tersebut dahulu  dan akan menyusul kemudian  nanti ketika malam.. Baby sangat suka membaca dan kalau ada buku baru dia akan mebaca dengan tekun sampai tak mempedulikan keriuhan sepupu lain bermain bola dan bunga api  di kawasan porch kereta..


 mengikut cerita kawan kak as yang ketika itu berada di rumah tersebut nampak Baby sedang asyik membaca buku di ruang tamu sedangkan sepupu yang lain bermain bola dan bunga api memandangkan dah lewat malam dan rumah terbuka hampir tamat.. dengan tidak tersangka ketika baby melangkah keluar dari pintu rumah nak bermain bersama sepupu yang lain.. sebiji bola yang telah ditendang telah mengenai drawer besi yang telah menyimpan sejumlah mercun.. dan mengakibatkan lilin yang meyala atas drawer  bergolek dalam drawer tersebut.. tiada sesiapa yang tahu siapa yang menyimpan dan membeli mercun di dalam drawer tersebut sambil menutup dari pandangan orang lain dengan beberapa helai surat khabar lama.. Baby cuma nak selamatkan lilin yang telah membakar surat khabar dengan cuba nak ambil lilin dari dalam drawer itu.. maka ketika itulah sejumlah mercun di dalam drawer tersebut meletup dan memecahkan drawer besi dan juga siling serta lampu di rumah tersebut.. bayangkan.. baby cuma terduduk tanpa menangis sambil mengosok mata dia sahaja.. dia tak menangis pun.. sedangkan darah membuak buak membasahi muka dan baju dia.. kira kira 4 minit kemudian baru kak As sampai dan panic tengok darah berlumuran kat muka baby.. dah satu perkara yang tersebut di mulut kak As ialah "habislah mata anak aku"

"Baby sgt kuat... Masa bawa dia dr rmh ke hopital... Dia tak menangis, menjerit mahupun merengek. Bila ditanya baby sakit tak, jwbnya perlahan sambil memeluk erat sakit mami"... Bila dah sedar baby tak complaint pun kenapa dia tak nampak... Yg ditanya... Atuk tau tak mami? Mami mana? Ustazah baby tak dtg tgk baby? Sape ini pegang baby? Ya allah... Hanya mampu merasa dan mendegar ... Semua hanya pertanyaan dari bibir sikecil... Doakan sahabat2... Tiada apa lagi yg DH nak pinta..."  luahan kata kata kak as..



Kepada sesiapa yang mengeji dan memadan kan muka Baby dan keluarga baby harap muhasabah diri.. Baby sangat tabah dan tak pernah merengek..jika kalian melawat baby pasti kalian sangat terharu dengan kata kata dari mulut baby.. tak pernah terucap perkataan sakit kecuali kalau kita tanya,  dia akan mengangguk  pelahan.. sesuangguhnya kalau mata kita termasuk habuk pun sudah pedih ini kan mercun masuk dalam mata.. dan menyebabkan buta mata kanan.. berusaha bersalam dengan setiap  pelawat dan petah menjawab segala pertanyaan tanpa letih dan merungut.. dan cuba untuk mengenali wajah wajah pelawat walaupun kabur melalui pandangan mata kiri..


Sesungguhnya Auntie Yus tahu baby menahan kesakitan tapi berusaha agar Mami tak risau.. melalui bacaan BP yang tinggi jugak kita dapat tahu macam macam perasaan yang tidak terluah oleh baby.. sesungguh nya aku kagum dengan ketabahan dan redho family ini terhadap qada' dan qadar.. macam macam ujian yang menimpa..

Tadi masa akak melawat baby.. baby sangat mesra dengan auntie walaupun selama ini hanya pernah jumpa di dalam fb sahaja.. bagaimana baby begitu tabah.. sila ajari aku... sekarang kami sebagai bainunian sedang melancarkan kutipan derma kilat kepada yang ingin membantu meringan beban keluarga ini dan merawat mata kiri yang boleh di selamatkan InsyaAllah.. segala sumbangan sila salurkan ke account wakil kami..

percayalah baby adalah seorang pelajar yang baik dan  pintar. Berilah  peluang dia menjalani hidup dengan normal walaupun hanya dengan sebelah mata..

Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan doa kalian..

Maybank Current Account: 56-454805-0149
Nama: Muhamad Shahrul Farhan Bin Abdul Wahab

012-214 1415

6 comments:

Time Traveller said...

Takdir Allah itu ada hikmah nyer.. Jika kesampaian .. sampai kan lah salam saya pada kak as and baby..
Insyallah jika penglihatan di takdirkan Allah suatu hari nanti kembali pulih semula.. tidak apa pun boleh menghalang..
bersabar lah.. dengan dugaan dunia ini..

Yus said...

Ye TT.. InsyaAllah.. doa adalah senjata paling mustajab ketika ini.. Thanks..

mama ila said...

Ya Allah..tabahnya baby dan mami.. semoga mata kiri baby cepat sembuh yer...

Yus said...

thanks mama ila.. Alhamdulillah dah banyak improvement mata kiri cuma tak boleh bukak luas je.. sebab bengkak..

Rozailin-Rahman said...

Assalamualaikum Sis, Saya baru veiw blog sis dan ada entri tentang Sis hantar Alli ke Little Caliphs di Tadika Khalifah Ilmu, Taman Seri Gombak. Saya nak tanya beberapa soalan lah sebab ingat nak hantar anak anak ke situ tahun depan. Bolehkah kita berkomunikasi melalui email/whatsapp/call/sms? Ini email saya : rozailinabdulrahman@gmail.com. Whatsapp : 0193334454. tq sis wasaalam.

Yus said...

salam.. maaf tepon i hilang masa raya huwaaaa.. tak dapat ganti..sekarang pakai tepon temp hok nokia murah..kalau nak taip msg pun kena kongsi keypad ABC satu keypad memang susah.. email yek:)