13 September 2013

ALLI YANG DAHULU DAN ALLI YANG SEKARANG

Diam tak diam dah banyak perubahan yang ketara anak bujang akak nih.. ye lah bulan December  nih nak masuk 6 tahun.. tapi dah terasa big boy sangat.. tetiba terasa nak ada baby baru.. rezeki je tak ada lagi.. kalau boleh akak nak 6 orang anak.. beli van terus kekekeke.. takpe lah sorang nih pun jadilah.. buat kawan gaduh :)


Alli ketika kecil tak pernah takut dengan orang..sampai sekarang  tak ada takut ngan orang langsung.. sangat senang nak jaga.. time makan kat restaurant ramai je pelayan restaurant nak pegang dia.. sebab dia suka gelak gelak dan manja sangat..siap lentuk kepala kat bahu orang lagi.. time nak massage badan punn siap tokey kedai tolong pegang dan main main ngan dia.. senang sangat laa.. akak tak bagi sebarangan orang jugak.. kalau pasti dia pakai uniform restaurant dan orang yang akak biasa je akak bagi pegang.. nanti hilang pulak

Time jalan dia pun senang.. dia nak tidor kat mana mana pun boleh.. kat stroller, kat dalam kereta.. dia ta tidor buai.. senang betul nak bawak jalan.. dia merengek kalau dia nak makan or minum je.. diapers baah pun rilex je tidor.. maybe sebab akak memang sentiasa pakaikan dia mamy poko tu yang tahan lama..

Sebenarnya dia lebih suka duduk atas stroller dari kita dukung.. smapai umur dia 5 tahun lebih dia nak duduk dalam stroller.. baru baru nih je dalam 2 bulan sudah dia tak nak naik stroller dah.. dia malu katanya.. kalau dulu pantang dia tidor dalam kereta dari parking lot ke rumah akak rela akak sorang dalan stroller (rumah akak tingkat 17, parking pun jauh) sekarang nih nak dukung pun taknak.. dia malu.. jalan kaki jugak walaupun mata pejam

Memang susah nak bergambar..smaa macam sekarang..selalu tak nak pandang camera.. orang kata camera shy? tak macam mama dia pantang nampak orang tala camera..

Makan still memilih.. dia hanya makan roti canai cicah telur separuh masak waktu pagi.. (roti canai fav dia) , red bean dan roti bakar je.. makanan fav still tak berubah. nasi ayam, ayam goreng, sup ayam, ayam kurma.. nampak tak?? Ayam jeeee

Owh puting dia berjaya stop masa umur dia 3 tahun.. lega akak.. kalau tidak asik beli puting je sebab ntah mana dia campak..sejak dah berhenti akak berjaya kumpulkan puting avent tu ada sampai 6 biji.. semua jumpa kat bawah katil dan merata rata..

Alli diaper free ketika umur dua setengah tahun.. dia stop completely  pakai waktu siang dan malam.. dalam seminggu train dia tak payah pakai waktu siang.. dah berjaya.. memang penat sikit lah selang 15 mninit dia kata nak kecing. tapi lepas sebulan dia tak payah pakai waktu malam dah.. selamat duit diapers akak..

kalau dulu suka makan suap sendiri..sekarang suka kita suap.. kalau dia suap sendir memang tak habis makan.. kalau kita suap sampai tak cukup dia makan.. sekarnag nih memang suruh dia suap sendiri kalau makan kat kedai..dah nak masuk 6 tahun.. sampai bila nak suapkan..

Owh sekarang nih cukup pandai memilih baju dan kasut sendiri.. lain dari taste dia memang dia tak mo pakai.. jangan pandai pandai nak beli baju atau seluar yang dia tak berkenan..memang tak berpakai lah jawabnya

Sekarang nih dah tak mahu pakai stroller dah.. stroller nih dah bagi kat cik bunga pakai.. harap cik bunga suka duduk dalam stroller nih

Seluar pendek sekarang dah tak mahu... pantang dia pakai seluar pendek atas paras lutut.. seluar 3/4 boleh.. tapi lately dia nak pakai seluar panjang.. dah malu pakai seluar bermuda tu.. kat rumah je dia pakai seluar pendek.. dah anak bujang anak mama nih


Alli berkhatan ketika dua minggu lagi dia nak berumur 4 tahun.. such a brave boy.. senang juga nak jaga.. cuma kesian lah kecik kecik dan kuat tahan sakit
Masih suka main pasir pantai dan mandi laut..

Sekarang nih suka berangan.. suka buat review dalam bahasa english tentang mainan baru, atau apa apa sahaja..pengaruh youtube
Ipad tak lepas dari tangan.. tapi bukan main game.. dia hanya tengok youtube evantube HD, atau review barang mainan.. dia tak suka main game
sudah pandai berenang sejak umur 3 tahun.. dia memang tak pernah takut air.. teringat bawak dia pergi mandi kat hotel Mak akak jaga dia.. sekali Mak akak  yang terkejut sebab dia tanpa takut terjun dalam pool yang dalam dan dia timbul sendiri masa umur 2 tahun setengah.. tak pernah takut air..

Sekarang dah lebih 3 minggu stop minum dalam botol sebab dia malu teacher kat sekolah tanya dia minum botol susu lagi ke? memang dia stop immediately.. akak cakap tak bagi tahu teacher pun dia tak nak minum dalam botol..sekarang dia minum susu dari dalam cawan.. tapi bantal busuk itu tetap di cari kalau nak tidor malam.. heheheheheh

Membaca banyak improvement.. dan akak rasa pencapaiann yang besar bagi kanak kanak Dyslexia macam Alli dan dia sangat bagus dalam Mathematic kata teacher dia.. Alhamdulillah..

8 comments:

Time Traveller said...

Baca dan tengok gambar tak sampai 5 minit.. tapi bak kata kak yus 6 tahun tu.. moga ia mmbesar dgn baik dan sempurna amin..

insyallah kalau ada rezeki itu tak kemana.. mana tau sekali pregnant kembar 3-4 ker.. :D doa je selalu..

MariaHoney said...

owhh Alli...buah hati pengarang jantung...:)

Yus said...

@tIme travellee..Amiiin... dah nak hujung 30an nih harap harap ada rezeki dua tiga empat sekali.. hehehe thanks atas doa

Yus said...

@tIme travellee..Amiiin... dah nak hujung 30an nih harap harap ada rezeki dua tiga empat sekali.. hehehe thanks atas doa

Yus said...

MariaHoney.. lampu hati betaaaaa :)

Kuazue Mohd said...

dyslexia...mmmm don't worry... i pun survive from dyslexia...our english teacher jer kat bainun yg tau me ada masalah nie...hihihihi...
n yg anak me no dua pun sama.. but so far soooooo goood la... keep on practicing...n... kejapkan derang membesar kans.....

yantysamsul said...

alliiiiiiiiii..comeinyeeee.. sekaranggg?? bercakap non stop!!

Time Traveller said...

Insyallah kak.. :D

banyak kan berdoa k..