09 September 2013

KOTA KINABALU PART 9

Bila waktu malam je kami dah tak tahu nak buat apa.. tak kan nak lepak kat mall jugak.. pikir punya pikir kami pun decided lah nak sewa jugak kereta malam tu.. bukan tak boleh makan dalam mall tu je.. tapi pikir pulak esok pagi pagi boleh kami merayap ke serata tempat.. Alli dah merengek nak tengok crocodile farm since kat mall tadi ada booth corcodile farm.. dia nak tgk crocodile yang real punya dan hidup..

Puas lah telefon merata rata semua not available.. lagi pun kat Unimas sekarang ada event pelapes kot..so ramai yang datang ke unimas dari satu malaysia  sempena event tu.. sebab tu lah semua kereta dah habis kena tempah.. akak tak putus asa.. hasil carian kat blog akak jumpa seorang penyewa kereta di sini iaitu Maya.(apa ke hal kat KK nih semua nama Maya je yang akak jumpa :) - no telephone dia 0198325485..


Kereta dia very recommended.. Akak dapat Saga BLM yang milage dia baru 14,000km .. haaaaa.. best je naik keter bau kedai.. lepas dapat kereta dalam pukul 8.30 malam we all pun merayap dan tuang minyak RM25.. syarat dia kalau kita sewa kereta tu ada 2 takuk minyak pulang pun kena 2 takuk minyak.. lagi senang kalau Maya nih buat, dia isi minyak full masa pulang nanti kena bagi full jugak macam kat oversea.. lagi senang akak nak agak kan..


Malam nih teringin nak makan seafood jugak.. sebab makan kat Philippine market memang mengecewakan.. nak jugak rasa the real seafood dari Kota kinabalu kan.. so malam tu we all merayap lah mencari gerai makan seafood.. sekali dalam perjalanan nampak satu deret gerai makan  kat area Tanjung Pelipat kot.. nama dia Anjung Selera.. banyak  sungguh deretan gerai seafood yang uols boleh pilih.. berbanding dengan pinoy market tu.. kat sini semua rasanya penduduk tempatan


Harga segala jenis makanan laut.. rasanya kat semua kedai sama je rate dia.. aka pilih kat tempat yang tak berapa ramai orang dan ada tempat makan kat tepi laut..


Akak benar benar teringin  nak makan butter prawn dan ikan bakar je.. akak pun pilih lah gerai yang akak rasa macam nak singgah.. yang best kat sini makan tak tepi pantai.. tapi walaupun samar samar dalam kegelapan malam akak still nampak banyak sungguh sampah sarap kat tepi pantai tu.. tu lah akibat banyak penempatan air seperti pulau Gaya  kat sabah.. habis semua lautan jadi tempat pembuangan sampah..


 Memang gelap.. hanya bertemankan cahaya lampu lilin sahaja


Sesekali nak feeling candle light dinner. kasi chance lah yek.. muhahahahahha


Okey butter prawn dia sedap.. akak request butter prawn basah sebab dan pedas hok kering tu akak dah puas makan.. yummeh..


Ikan bakar.. pun sedap.. puas akak makan berdua ngan laki akak.. anak akak seperti biasa nasi dengan lauk ayam kunyit dan telur dadar je.. dia mana makan seafood bagai nih.. bab makan dia macam musang..


Akak makan kat gerai no 6 total nasi dan lauk dan air akak kena RM49.. not bad harga dia.. dan akak rasa korang tak payah lah makan kat pinoy market tu..akak rasa kotor sangat.. kat sini suasana  macam selesa dan santai je.. makanan pun tak de lah mencekik darah sampai nak biru muka kan hehehehhe

Selapas makan akak ajak Addy pusing bandar KK jap.. malam malam nak merasa jugak jalan jalan pusing bandar..

Akak sebenarnya tak tahu nak pergi mana tapi akak nampak satu menara jam kat KK nih sangat cantik waktu malam..stop jap amik gambar.. lepas tu tak tahu nak pergi mana lah..decide terus balik hotel sebab esok pagi pagi nak keluar dah nak pergi ke taman buaya katanya


Dan Alli walaupun dapat duduk hotel murah tetap gembira dan sekarang sangat senang nak bawak dia berjalan jalan.. tak banyak kerenah dah.. tapi seperti biasa dia lebih suka duduk kat bilik hotel dari keluar berjalan.. kalau macam tu kena sewa hotel kat KL lah boleh mama berehat sepuas puasnya sekali kan kan kan

2 comments:

shsi said...

sewa BLM bp ringgit? offseason or peak?

Yus said...

@shsi.. sewa BLM 120.. tapi sewa tu hari ahad...sama je kot.. try lah call yek