09 October 2013

ASCOTT RESIDENT KUALA LUMPUR

ini kisah hotel.. dah lama dah citer nih.. terperam dalam draft sebab akak ada buat video tapi akak tak compile lagi so malas lah akak nak publish review pasal Ascott resident Kuala Lumpur.. Kawan akak Ina telah bermurah hati menghadiahkan penginapan selama 2 hari 1 malam di Ascott Kuala Lumpur.. sebelah Kuala Lumpur Convention Centre.. jalan kaki je ke Twin Tower Petronas.. Kebetulan masa menginap kat sini lagi beberapa hari je nak menyambut syawal maka we all amik peluang shopping sikit kat KLCC.. chewahh rumah kat Gombak je pun.. 

Ina bagi 3 bilik penginapan Studio Premier.. 

Bilik nya memang cantik dan besar.. serba serbi lengkap.. since akak yang pertama sekali sampai.. akak amik bilik paling tinggi kat tingkat 8, Kim dan eileen kat tingkat 5,, Ain kat tingkat 2 kot.. akak dah lupa.. bulan puasa masa tu memang otak akak asyik teringat nak makan je..


Katil yang super comfy Super King size.. baru lah merasa dapat tidor bebas dengan anak akak.. sikit pun tak sempit walaupun saiz akak laki bini saiz baby jumbo hehehehhe


Ruang tamu yang practical dengan keluasannya dan bersebelahan dengan ruang dapur yang simple tapi lengkap segala galanya..


 Kelengakapan dalam almari dengan bathrobe yang berkualiti tinggi.. dan iron pun ada.. ada dua biji wardrobe macam nih

Dapur sangat bersih dan lengkap

Dapur dia memang akak suka sangat.. tak besar sangat tapi sangat sesuai kalau berdua kat dapur.. malangnya akak tak boleh tiru design nih kat umah akak sebab dapur umah  akak tersangat lah kecil .. kalau tidak mau akak paksa sambil guling guling laki akak suh buat macam nih

Peti ais dua pintu.. siap sediakan sabun basuh pinggan

Sudu Garfu bagai

Cawan dan gelas 

Periuk belangan berkualiti tinggi..sangat berat okey.. 

Pinggan mangkuk

Oven dan Microwave Elextrolux. jatuh cinta akak ngan produk nih

Sabun basuh pinggan dan Span basuh pinggan pun dia sediakan

Bath Tub

Add caption

Shower.. toiletries dia guna L'occitane .. pun aka jatuh cinta dengan harumannya.. tapi apakan daya syampoo dia 200ml dah RM80 sebotol

Kolam renang kat tingkat 22


Since kami stay kat tingkat yang berbeza.. dan nak naik lift kena pakai access card masing masing dah tak dibenarkan pergi ke tingkat selain bilik kita.. cuma tinggkat 22 nih open for all guest so meeting point kami kalau nak pergi ke bilik rakan lain ialah kat tingkat 22 nih.. kena berjemput bagai hehehehe

Bilik akak dan bilik kim sama je.. tapi bilik Zaireen sebab dia dapat lambat kami tak tengok lha.. sekali sebab bilik Studio Premier dah habis kot dia dapat One Bedroom Studio.. lagi besar.. huhuhuhuhu.. so sini lah pot kami nak berbuka puasa sebab dia ada meja makan heheehe


Luas kan ruang tamu dia.. TV ada dua satu dalam bilik dan satu lagi kat ruang tamu.. semua saiz 40 inch ke atas.. meja makan boleh makan 6 orang

Ruang tamu One Bedroom

 Petang tu kami bertungkus lumus memasak di dapur nih.. sedap giler ain masak Ikan Siakap Sweet sour.. akak bawak rendang ayam.. dan Ain masa sayur lemak labu.. daging dendeng.. perghhhhh.. nasib baik mintak periuk nasi dua biji.. boleh lah masak banyak sikit.. Eileen??? dia masak buah buahan.. beli kat cold storage kakakakaka


sambil masak sambil tu mulut semua becok.. anak anak dah sibuk nak makan.. macam lah dema puasa.. tapi anak Eileen dan anak Ain, Damia puasa.. Alli je tak puasa..Selesai makan balik lah ke bilik masing masing



Anak akak still nak nasi ayam.. order lah room service.. Addy lah hmm tumpang sekaki nak order chip dan bread tu..

dan waktu sahur akak panas kan lauk semalam sayuir labu dan daging dendeng ain bekalkan dan akak goreng sardin roll... dan dapur induction Electrolux tu sangatlah best dan memukau kalbu.. uwaaaaaaaa..


 Matahari terbit di Kuala Lumpur.. sangat indah..senyap dan sunyi.. aman je rasa


Berakhirlah percutian kami kali nih.. terima kasih kepada Ina yang sudi bagi peluang kami stay kat sini dan anak akak tak mo balik .. bukan dia je.. akak sekali rasa nak duduk sini sebulan. huhhuh

Akak siap amik video sebagai rujukan yang nak stay kat sini.. harga akak tak tahu sebab akak tak bayar.. akak dapat free.. sila contact no telephone kat voucher atas tu yek...




6 comments:

Kuazue Mohd said...

beh.. sungguh la beh kans...

Yus said...

@mak engku.. aku rasa kalau umah aku kecik lengkap macam nih pun tak pe.. sungguh selesa.. duduk tiga orang anak beranak je kan.. :)

CikPuanTatie said...

bestnya kak...

Yus said...

Cik puan tatie.. memang best.. lebih lebih lagi kalau free :))))

Time Traveller said...

Untung la.. ada kawan2 yang baik hati mcm nie.. smpai buat video.. mmg puas hati la tu :D

Yus said...

Alhamdulillah dik.. muka ahkak nih muka rezeki a.k.a. muka kesian kekekekekek