31 January 2013

BALI DAY 3

Berpinau mata akak nak memilih gambar yang mencecah beribu ribu keping.. so akak terpaksa collage kan dia.. kang besar sangat space.. yang lain lain tu akak simpan je buat tatapan peribadi.. tapi serius banyak giler gambar... dan uols tahu kan bali is like lukisan.. everything looks beautiful.. even awan dia pun macam lukisan kapas kapas di udara... definitely must visit again.. next time with my chenta hati.. :)

Okey seawal 8.30 pagi selepas morning bites we all bergerak dari Pop Hotel Kuta untuk menyaksikan Barong Dance.. Barong Dance bermula pukul 9.30 pagi.. tix untuk menyaksikan barong dance ialah IDR100,000.00 bagi pelancong luar negara.. tapi kalau uols boleh berbahasa indonesia dan tanpa malu boleh mengaku asal kalimatan boleh dapat rate local.. heheheh btw ada sesetengah tempat akak mengaku dari Indonesia.. tapi pelahan je suara dari surabaya pak!!! sib baik dia tak omong JAWA... dan nasib baik tak kantoi...

Di atas adalah kisah berkenaan barong dance nih.. akak memang tak paham tapi kawan akak jimah tepuk beria.. akak ingat dia paham so akak pikir memang akak nih lambat pick up betul lah.. tanpa menunjukan akak memang tak tau apa apa akak pun tepuk gak lah.. sampai dalam kereta we all pun bercerita lah..rupa rupanya semua tak paham.. kakakakakak... patutlah menguap bagai semua geng akak.. kesimpulan BORING !!!! buang masa uols satu jam tu.. gi tempat lain pun best...

Yang membuatkan we all excited sebab salah seorang penari wanita mempunya iras wajah yang sama macam kawan we all Anne.. siap amik gambar dia je.. pastu masing masing sibuk berwhatapp lahh. update facebook lah... instagram laaa..

Okey setelah selesai satu jam kira kira 9.40pagi we all bertolak Ke Pusat Perbelanjaan Art Galoh Shop.. apa ada kat situ?...

Dia menjual berbagai bagai jenis TShirt baju kaftan kraftangan dan souvinier.. tempat ini merupakan tempat pelancongan di mana supir or pemandu pelancong mungkin akan mendapat komisyen sebab dia akan lekatkan sticker di baju we all menandakan we all satu group.. tapi barang barang dia memang tak cantik dan juga mahal. Satu apa pun we all tak beli.. sekejap je kami di sini kira kira pukul 11.20pagi we all dah check out dari kedai nih tanpa beli apa apa pun..

Dalam perjalanan ke Kintamani kami stop di satu Art Shop Wayan Mardiana Painter.. Harganya.. Ya Ampun Mahallllll.. kalau hok kecik tu dia jual dah 300 ribu.. nasib baik tak beli sebab kat tegalalang dapat bende yang sama 80 ribu dan kat tanah Lot lagi murah kekekek.. so kesimpulan survey dulu yek.. tapi kalau murah pun kat situ tak kan we all nak patah balik kan...

We are family.. Anak Bapak dan Mak baju rimau :)

Sepanjang masa akak amik gambar je.. kalau ada yang cantik maybe akak boleh suruh painter lain yang tak terkenal lukis gambar sebijik macam tu.. tapi akak bukan peminat seni.. yang tergantung kat rumah akak sekarang HotWheels Wall Track mainan anak akak.. macam mana nak buat konsep bali kan...

Akak lahir tahun Naga.. tapi naga dalam gambar nih kurus tak cukup makan...

Feeling melukis lah tu.. kalau lukis orang lidi akak terrer laaaa..We all berada kat sini dalam 15 minit je.. tak lama kan sebab tanya semua bende mahal .. tak berani lah nak hangkut... dalam perjalanan ke Tegalalang hujan dah start turun,... alamak mesti tak dapat bergambar ngan sawah padi bertingkat tingkat tu..



walaupun hujan lebat tetap turun dan bergambar.. nasib baik Pak Ujang ada dua biji payung besar.. boleh lak ke pondok tepi sawah padi nih.. sempat juga membeli belah kat sini sebab dia ada shop lot sepanjang jalan tu.. akak beli basikal kecik dia buat dari besi.. cukup detail hasil tangan dia dan akak tawar sampai dapat murah.. okey lah sebab kat malaysia akak tengok dorang jual RM200 kat bali akak dapat RM24 je...

Sawah Pagi di Tegalalang.. suasana di sini sejuk je ala ala cameron highland.. masa nih padi baru di tuai so pemandangan memang tak sehijau sewakti padi tengah merimbun.. errr merimbun ke nama dia kakakakakak.. hentam saja lah labu !!!! Kami bergerak untuk makan tengah hari ke Gunung Batur kira kira jam 1.00 tengah hari..


Pukul 1.30 kami sampai di Batur Sari Restaurant.. di sini terdapat dua restaurant yang halal dan disediakan tempat solat sekali.. kami memilih restaurant yang betul betul mengadap Gunung Batur...Gunung batur ini merupakan Gunung Berapi yang masih aktif dan telah  telah berkali-kali meletus. Kegiatan letusan G. Batur yang tercatat dalam sejarah dimulai sejak tahun 1804 dan letusan terakhir terjadi tahun 2000. Sejak tahun 1804 hingga 2005, Gunung Batur telah meletus sebanyak 26 kali.. sebab tu kawasan sekeliling begitu subur kan.. dan kat sini suasana sungguh sejuk.. lebih lebih lagi selepas hujan..

Untuk Lunch kali nih boleh memilih buffet or ala card.. tapi kami semua memilih ala cart kerana akak tengok banyak sangat pelancong yang datang sampai penuh tempat duduk yang cantik view dia.. makanan kat sini biasa biasa je.. sorang kena 70,000.00 menu ala card set..

Dalam menuju ke kereta berduyun duyun orang kerumun akak nak jual T Shirt Bali.. since kat dorang nih akak tak perlu tawar sebab dorang automatic turun kan harga.. sales girl yang pertama jual T shirt Bali 100,000 for 5 helai kira kira RM6 sehelai.. akak pun amik.. tetiba ada lagi sorang sales girl jual kat akak T Shirt yang sama 100,000.00 for 6 helai.. lagi murah.. tak sampai RM5 kan sehelai.. huhuhu akak amik laaa.. sekali nak jual keychain laaa.. gelang laa.. cepat cepat akak masuk dalam kereta nasib baik kereta kat sini tinted gelap hitam tak hengat punya......so akak dapat 200,000.00 for 11 helai T-Shirt Bali untuk souvenir.. akak tak ada duit nok.. akak beli tu pun cukup2 tuk kaum keluarga akak nih.. (tak cukup pun) saper cepat dia dapat..!!!

Selepas itu ketika pukul 3.20 petang kami tiba di Satria Agrowisata.. yang lebih tepak nak tengok luak Coffee.. Luwak Coffee nih adalah sejenis kopi yang telah di makan oleh musang liar.. (selalunya musang ini pandai memilih biji kopi yang sangat elok) kemudian setelah beberapa ketika musang nih akan berak dan terdapat biji biji kopi yang keluar sekali bersama najis musang.. najis nih yang di buru oleh pengusaha kopi dan membersihkan dan menggoreng dan membuang kulitnya kemudian di jual.. harga Kopi Luwak nih sangat mahal kerana satu hari nak dapat setengah kilogram pun amat payah..

Di sini kami kami dibenarkan merasa pelbagai jenis kopi dan teh secara percuma tapi jika ingin merasa luwak kopi kena bayar 50,000.00 nasib baik akak tak minum kopi.. akak just minum teh je.. kalau akak minum kopi nanti akak jadi mabuk kakakaka..

Setelah minum kopi dan teh boleh membeli hasil ladang ini di dalam kedai mereka.. terus terang akak kata harga dia agak mahal kerana bagi 100gm kopi bali mereka jual 40000 sebab akak tengok kat luar boleh dapat harga lagi murah.. akak cuma beli koko dan kopi bali je.. tu pun beli plastik kecik... buat syarat je nok!!!

Sebelum minum kopi tadi we all di bawa melawat sekitar kebun dan cara pemprosesan kopi.. rasa nyaman je dalam nih.. dan tenang sangat..

Okey cawan putih nih lah Luwak kopi yang berharga IDR50,000.. cara minum dia tunggu sampai serbuk kopi jatuh dulu kemudian minum.. kalau suka tambah dengan 1 sudu teh brown sugar.. mengikut akak punya tester (sebab akak tak minum kopi) memang sangat sedap yek kopi luwak nih.. perbandingan antara kopi bali dan kopi luwak ibarat nescafe (kopi bali) dan Starbuck coffee (bagi kopi luwak) kata kawan akak penggemar kopi lahh..

Dalam pukul 4.30 petang kami tiba di Tirtha Empul Spring.. Harga tix masuk ialah RP15,000. Pura Tirtha empul adalah tempat Air suci bagi agama Hindu di Bali yang baik untuk membersihkan diri.. Di situ terdapat kolam yang mengalir air dari mata air dan mereka akan mandi beramai ramai kemudian bersembahyang atau memohon hajat..  akak agak creepy di sini..

Pura Tirtha Empul

Pura Thirta Empul
 Jangan tak tahu orang bali nih sangat creative.. tengoklah hasil cenderamata mereka sungguh 18SX yek.. akak nak beli bagi kat orang pun segan nok.. siap buat key chain lagi.. kalau akak beli nak ke uols terima nok?.. btw trip kali nih akak tak beli langsung Fm dan Keychain.. tatau kenapa.. mesti nak suruh akak datang balik lah tu...

Dan kat sini pun ada tempat shopping.. akak beli beg kecik kat sini yang tulis i Love Bali tu.. dengan harga RP10,000.00 satu.. boleh bagi kat orang untuk simpan telekong bawak g opis..

Okey sekian untuk hari ketiga akak.. dan seperti biasa balik ke Kuta we all singgah SPA favorite we all for reflexology.. sebab murah hari hari boleh massage kaki.. kat Malaysia duk diam diam tgk je lah spa yang ada... 

30 January 2013

BALI DAY 2

Pagi pagi di Bali memang awal cerahnya.. pukul 6 pagi dah macam kul 7.30 kat Malaysia nih.. mata akak nih beroperasi mengikut matahari bukan ikut jam.. maklumlah akak ngan jimah memang dedua tak pakai jam tangan.. masing masing mencongak ikut matahari.. btw.. hari nih tour only for akak dan Jimah. Rini dan A'an malam nih baru tiba kat bali.. so tour hari nih tak ada lah plan nak gi tempat jauh jauh cuma Denpasar dan Pantai di Sekitar Kuta nih..

Kat Hotel Pop dia tak sediakan buffet breakfast tapi dia panggil morning bite which is dia sediakan dua jenis nasi bungkus (nasi merah dan nasi hijau) dibungkus dalam daun pisang dan ada air teh atau kopi.. pukul 8:00 pagi akak dah turun.. jimah tak siap mandi lagi.. dia memang buat kerja lemah lembik.. lambat je.. so akak turun dulu lagi pun tour hari nih start pukul 8.30 pagi..
Jemput makan.. nampak daun pisang pun dah rasa sedap... errrr aku apa apa pun sedap kat sini.. cuma tak larat nak makan nasi je hari hari :)
Haaa sebab akak amik nasi hijau so kaler dia hijau laa.. ada sambal, taufu, kelapa greng, keropok, ayam shreded.. kira macam nasi lemak lah..

selapas sarapan dalam pukul 9.00 pagi we all menuju ke Denpasar.. dalam perjalanan stop kat Monument  Bomb di Bali yang berlaku pada 12 Oktober 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.. Bom ini diletuskan di dua buah kelab di area Legian iaitu di Paddy's Club dan Sari Club.. dan selepas berlaku letupan itu keadaan bali sunyi sepi dari pelancong lebih kurang 3 tahun dan menyebabkan ekonomi mereka yang bersandarkan perlancongan tergugat..

Monumen ini mempunyai nama nama mereka yang terkorban kebanyakan pelancong asing dari australia, amerika dan juga orang tempatan.

Okey next destination kami singgah di Pasar badung. Pasar Badung merupakan pasar bagi warga tempatan disamping menjual kain chifon kain cotton kain langsir dan telekong.. kain lace juga banyak dan sangat murah.. Memula akak dah set mind akak kat Bali nak shopping apa yek? so akak tak bawak banyak duit.. tukaran juga IDR1 juta bersamaan RM315.. agak bagus juga rate dia kan..


sekali cuba tengok kedai apa yang ada kat alam tu? perghhhhhhhhhhh.. dengan kain lace yang cantik.. kain batik yang menawan, kain cotton yang beratus ratus design. (hok kain lembut dan sesuai buat baju dan ada jenis yang sesuai buat shawl atau tudung) pengsan akak tau.. akak beli kain untuk buat cadar dengan lebar bidang dia muat tuk buat cadar katil queen tak payah potong potong dah  serta boleh buat 4 biji bantal dan satu bantal peluk cuma berharga IDR 150,000.00 (5 meter) bersamaan RM47.25.. kain sangat tebal dan cantik sangat okey... kat sini sajer akak dah sambar dua set cadar dan satu helai kain chiffon nak buat blause.. nk wat camner.. cantik sangat uols.. kalau nak amik lace tu pun okey gak.. tapi akak dah kahwin tak kan nak pakai lace tu buat g kenduri kawen orang kan.. mau orang silap pengantin kang..

Sepanjang perjalanan di Bali kami naik kereta Toyota Innova nih. walaupun berdua tetap naik MPV.. kat sini kebanyakan pengangkutan adalah MPV kalau korang pandai naik motor boleh je sewa motor dengan bayaran IDR 50 000 (RM15.75) je sehari.. murah kannn..

Okey Setelah lepak di Pasar Badung selama satu jam kami bergerak ke Denpasar ke Monument Perjuangan Rakyat Bali.. kat sini macam muzium lah menerangkan tentang evolusi rakyat bali sejak dari kurun yang pakai cawat tu.. sampai ke zaman moden..
Panas terik sungguh kat bali.. terbakar kulit akak..rasa kalau masuk dalam bangunan tu tak mo keluar dah.. tapi nak bergambar punya pasal sanggup jugalah mengadap matahari

Okey bayaran masuk kat sini IDR10,000 yek lebih kurang RM3 kepada pelancong.. memula dia ingat akak orang tempatan or mahasiswa kat Indonesia so dia charge akak IDR2000 je. tapi lepas tu dia tanya dari mana Buk? akak dengan jujur cakap dari Malaysia terus jadi harga mahal.. lain kali kalau ke sini Pak Supir bagi tau cakap je dari Kalimantan sebab bahasa dia tak jauh dari bahasa Malaysia,.. huhuhu

okey dah penat berpanas.. basah lenjun ngan peluh.. kulit pun dah gelap gulita... perut pun dah lapar... moh kita cari tempat makan halal.. owh pak supir kami Pak Ujang adalah orang muslim.. dah tentu lah bawak kami makan kat tempat halal.. beberapa kali kami ajak pak Ujang kami nih makan sama stil kata dah makan lah.. dah minum laaa.. iskk segan betul nak join we all makan...

Lunch hari nih kami makan di Ikan Bakar Cianjur.. Akak ada makan kat salah satu outlet Cinajur nih di Bandung dulu.. sama je.. tempat makan nih agak kelas uols.. pegawai kerajaan je makan kat sini.. we all pilih tempat makan di pondok luar.. berangin je dan damai.. kalau makan kat dalam macam formal sangat.. kat dalam ada aircond.. tapi kami nak makan secara santai..

Punya lah happy dapat nasi... kami order yang simple je.. lagipun akak kenyang sangat lagi.. tatau lah pulak Jimah.. dia memang makan bertambah... Lama gak lah kami lepak makan dalam satu jam setengah.. terlupa kami ada Pak Ujang yang tunggu dalam kereta.. Pukul 1.19 baru kami gerak ke Sanur Beach.. giler tengah hari remang we all ke Pantai :)
Nak tunjuk je Bill kami tidak lah mahal mana.. total RM28.76 je.. okeylah.. tempat makan pun selesa...

dalam 15 minit kami sampai ke Sanur Beach.. sanur Beach nih tempat kalau nak pergi ke Turtle Island nak tengok penyu.. aktiviti snorkeling di Pulau dan naik paragliding, Banan boat.. tapi pantai dia tak cantik.. Pasir dia hitam.. tapi kalau korang nak pergi turtle Island boleh lah pergi ke Sabur Beach nih.. tapi kalau nak mandi manda baik tak payah laaa..

Demi kerana gambar rela kami berpanas taw... bukan panas sikit sikit nih.. senyum jeee :) Dalam pukul 2 petang kami bertolak ke Nusa Dua Beach..

Perjalanan ke Nusa Dua dari Sanur Beach 50 minit gak lah.. sampai tertidor akak kat dalam kereta.. kalau tak tidor memang mulut we all sebok je bercakap.. senyap time makan dan tidor jer.. bukak je mata.. wow.. kat sini memang terletak hotel yang mewah mewah belaka.. tempat orang ada ada stay for holiday.. dan pantai dia memang cantik... agak lama jugak we all kat sini lebih kurang sejam gak walaupun just for bergambar ..

cantik kan pantai dia.. tapi mat salleh gigih mandi walaupun panas terik.. lain kali kalau datang sini boleh bawak baju tuk bermandi manda...

Boleh rent basikat dua seat nih.. tapi kalau ngan jimah akak memang tak larat nak kayuh..kang dia ngelat pulak..

setelah selesai lawatan di Nusa Dua kami minta Pak Ujang bawak kami ke kedai telefon tuk beli sim card sini..kalau uols duduk kat Indonesia dari korang roaming baik korang beli sim card dia je.. nak call malaysia dan beronline pun murah.. Sim Card SimPati cuma IDR 10000 dan ada top up IRD 2000 sahaja dan uols boleh beli top up serendah IDR10,000.. macam akak beli top up IDR50,000 total semua IDR62,000 (RM19.53) tu pun tak abih guna.. akak bajet satu hari akak nak on kan unlimited internet dengan kelajuan sehingga 7.2 Mbs dengan harga IDR10,000..

Kalau nak call malaysia dengan murah just dail 01017 dan dikuti dengan nombor Malaysia anda contohnya 0101760192345600.. dan kalau internet unlimited satu hari,  hantar SMS ke 3636 dengan text UL ON 10K nanti kita terima sms dan balas dengan UL YA..

berikut adalah contoh penggunaan SimCard Simpati(TELKOMSEL) sebagai rujukan

Price              Period Speed                   Usage Limit          SMS
IDR5k            1 day Max 384kbs           30mb                    UL ON 5K
10K                1 day Max 1Mbs              60mb                    UL ON 10K
50K                14 days Max 384Kbs       300mb                  UL ON 50K

dan penggunaan bill akak sangat rendah masa hari balik pun akak ada balance 20k...

Pukul 5.30petang kami ke Jimbaran Bay.. Dinner di tepi pantai.. huhuhuhu besttt.. kali nih kami suruh Pak Ujang bawak kami ke Lia Cafe kerana banyak review dari pelancong dari malaysia dan harga yang tidak potong kepala berbanding dengan gerai lain..

Gerai Lia Cafe terletak bersebelahan dengan Bayang cafe (GPS Coordinat S8 46.218 E115 10.128)
Alamat: Jalan Pemalisan Agung, Jimbaran Bali Indonesia
Kalau supir uols tak tahu jalan or buat buat tatau sila bagi no telephone tuk di hubungi
Contact No: 08123907411, 08123981408


Malangnya hajat di hati nak makan tepi pantai dengan mendengar alunan lagu dari pemuzik jalanan tidak kesampaian .. hujan lebat turun.. berlari we all pindah tempat makan di dalam kedai..

Menu kami dan untuk makan berdua memang kenyang sangat.. dan kalau bertiga pun still okey lagi...

Siap ada Puting beliung lagi.. first time akak tengok nih...
Tempat duduk kami sebelum hujan.. tapi kat tepi pantai nih banyak anjing.. walaupun dia tak kaco kami tapi dok lepak tepi meja kami.. nak halau takut.. terpaksa panggil pelayan restoren nih tolong halau...

Tak nampak sunset seba awan mendung tebal.. hujan berhenti sekejap je boleh lah bergambar lepas tu hujan lebat balik.. so we all balik ke Kuta dalam pukul 7.00 malam.. owh sunset kat sini pukul 6.30petang yek...

Jumlah bill makan di Lia cafe ialah IDR 308000 (RM97.02) within our budget.. :) owh kami tak turun kat hotel.. kami suruh pak Ujang turunkan kami kat Har4d Rock Cafe. tujuan nak survey baju je.. ada dua tau satu hard rock hotel punya shop dan satu lagi hard Rock cafe punya shop.. tapi dedua terletak berhampiran satu sama lain..

Hard Rock Shop...

Posing lagi di Hard Rock Cafe.. akak tak bel apa pun just untuk anak akak dan anak saudara akak...

Salah satu lagi xtvt we all waktu malam ialah melayan spa.. murah sangattt..mana nak dapat kat malaysia kan.. we all pelanggan tetap kat Inner Glow yang terletak cuma 200meter dari hotel we all ke arah legian.. senang nak cari.. so setiap kali balik hotel sure singgah sini.. ada je buat meni edi laa. massage badan laa, reflexology laaa.. setiap hari lak tu..


Bagi menicure, Pedicure, reflexology, hari creambath kat tingkat bawah.. untuk massage kat tingkat atas siap dengan bath tub lagi... layan je lah kann





Akhirnya hari tu akak jadi penyokong pasukan Kedah ? heheheheheh syok nyer tidor setelah badan di belai penuh manja.. :)