28 February 2013

MACAM MACAM KAWAN

Berapa macam jenis kawan uols ada.. bagi akak tiga jenis kawan nih memang ada dalam list akak  kawan atas bersebab, kawan bermusim dan kawan sepanjang hayat.. nak katagori kan kawan akak dalam list yang tiga nih pun senang je.. tak yah pikir lama lama..

Kawan atas bersebab tak banyak.. contohnya my superior kalau dalam kerja.. akak kena baik dengan dia sebab dia nak kena bagi appraisal kat akak (uhuk...) kawan bermusim nih hmmm kawan pejabat kot.. time ada event reunion dan gathering,.... dan kawan sepanjang hayat akak mostly dari zaman sekolah menengah akak...tapi ada jugak jenis kawan yang kawan ngan kita tapi takut nak bagi tahu kat orang dia kawan kita.. so sembunyi sembunyi kawan tapi tetap nak kawan.. uols hentikan nih ye.. i dont need u... (statement nak kena putus kawan kannn)


THE FRIEND WHO'S COOLER THAN YOU
Akak suka kawan yang sangat cool dari akak.. spontan dan secara tak langsung akak boleh tumpang the coolness vibes  around him/her.. selalunya apa yang di lakukan nampak cool je.. hingga menjadi kan dia sumber inspirasi akak.. sometimes these people menyinari hidup akak dengan anything yang akak tak pernah tahu dan alami..sesuatu yang baru dan i teruja nak jumpa dia selalu...its gonna be fun

THE FRIEND WHO IS UP FOR ANYTHING
yeah i get it.. people are busy dengan dorang nya aktiviti tapi tak kan nak jumpa just for secawan kopi kena re re re schedule place and time and whatsoever dengan berbagai bagai alasan.. tu akak malas set appointment.. akak suka orang set appointment dan akak follow.. kalau akak dok call dorang ajak jumpa janji bagai at the end no show up hmmmm sendiri mau ingat laa.. ko tak nak aku pun tak terhegeh hegeh..

Apa yang akak cari ialah kawan yang flexible, no frills friend who makes your life a breeze. Nothing is ever too hard and they're open to doing new things and changing plans at short notice. kawan yang bersemangat begini selalu berjangkit keceriaan dan membuat kan akak akan lebih ceria bila dia berada di sekeliling akak

THE FRIEND WHO YOU ASPIRE TO BE
its good to be around with peoples yang boleh lift you up higher in your life. Kawan yang sentiasa mencabar untuk kita menjadi lebih baik dari diri kita sendiri.. hahaha hmacam mana tu.. ye lah kawan yang selalu menaikan semangat kita when kita down. kawan yang sentiasa kita boleh jadikan role model.. tak kira dalam apa bidang pun meskipun cara mendidik anak.. hmm i jealous ngan u taw...
THE FRIEND WHO DOESNT KNOW ANY OF YOUR OTHER FRIENDS
Kalau dalam pepatah melayu panggil talam dua muka.. ? hmm not good not good.. i used to have this types of friends.. nasib baik sempat sedar.. “It will be easier to share some of your hopes and dreams, fears and concerns knowing that they are not going to be discussed when you're not around.” ini tidak.. kita share masalah atau words ngan dia.. dia dok citer kat other groups of friends.. tak ada kepercayaan dalam this type of people.. and kalau nak kawan ngan kita pun dok sorok sorok takut the other group dapat tahu.. what the heck? 

THE FRIEND YOU’VE KNOWN LONGER THAN YOU’VE KNOWN YOURSELF
“They know you better than you know yourself and accept you unconditionally.” im so blessed that i have quite a lot friends like this.. I'm not gonna name this person because i want to keep this person closed to my heart.. i hope nobody will steal them from me.. i want my friends know that i'm willing to do everything for u guys.. panas hujan i'll be by your side.. LOVE u much...

antara my very trusted friends.. love u guys
Super friends. :)

mode terkenang bermacam macam ragam kawan sampai rasa nak limit the friends.. cari yang betul betul ikhlas.. tak ada ramai kawan pun tak pe.. janji yang berquality.. i more than happy to have them..


22 February 2013

CHERATING PART 1

Okey citer pasal trip ke cherating.. sebenarnya trip nih tak plan pun.. tetiba hari Jumaat malam Addy kata moh kita ke Cherating tgk beach.. akak ingat main main tapi dia nampak serius.. dah lah tak booking apa apa pun.. maka hari sabtu we all gerak ke cherating dalam kul 11 pagi.. ingat nak bertolak awal pagi tapi of course lah semua macam loiat nak bangun pagi...

Mission kali nih nak cari chalet murah je.. tapi nak tepi pantai.. bajet chalet dalam 100 ke bawah je.. cherating kan bukan menarik sangat chalet dia .. tapi ada ker? ada tu ada.. kami check kat Pak Itam in.. rate dia RM80 semalam tapi fully booked.. tgk dari luaran memang bersih dan okey lah. dekat pantai lak tu.. lain kali boleh check it out yek (Person In charge Ms Salmah/Mr Nazri/Ms Lin Phone 013-9368870/019-9485343/0173062487) Since dah penuh we all check kat Cherating Bayview Resort (09-5819248) Challet gak tapi akak tengok chalet dia tak terjaga dan agak creepy.. kenapa creepy? sebab sebelah@hampir dengan perkuburan islam uolsss..... huhuhuhu seram akak Rate dia RM125 satu malam, anak akak terus peluk ketat ketat tak mo tidor situ..okey akak pasrah..



Okey perjalan ke Cherating kat Kuantan agak boring dengan perut lapar.. lama jugak nak sampai ke cherating dari Gombak dalam 4 jam gituew..sepanjang jalan mendung je.. tak nampak matahari.. live update dari kawan akak kat kerteh tu cakap kat sana hujan lebah dan berhari hari dah.adoii akak pasrah

Sunggu ceria dalam kereta masing masing nak bervacation katanya..lagi satu tak mo bagi laki akak mengantuk...

PAstu feeling sangat bila dengar lagu cinta.. tapi mamat sebelah macam tak ada perasaan.....huh!!!

Tetiba tiba bila sampai area RNR termeloh terkejut beruk kami laki bini.. sebab apa?????

Hujan sepanjang jalan ke Cherating huhuhuhuu.. akak pun apa lagi star ZZ dalam kereta

Akhirnya akak dapat gak hotel kat tepi pantai Suria Beach Resort.. RM210 bilik standard uols.. anak akak lah nih nak juga stay kat sini.. kalau berjalan ngan Alli nih tak boleh nak berbackpakers bagai.. hotel buruk takut sangat...

Ombak sangat kuat taw.. seram pulak tengok laut bergelora ombak tinggi tinggi.. pastu hujan stil rintik rintik.. nak mandi pantai pun tak boleh..seram tengok laut macam tu taw


Tengok cuaca mendung je.. anak akak mandi pool je lah.. akak masih duk tepi pantai tgk ombak.. nak wat camner memang tak leh mandi ombak tinggi weh...


Pasir di Cherating berhadapan dengan Suria Beach Resort


Budak nih kemain happy nyer.. sampai nak kena hambat baru nak naik.. walaupun hujan dan start lebat dia peduli apa.. tetap terjun dalam tu..

Malamnya we all ke rumah Kak Lie.. kawan ITM akak yang stay kat kerteh.. jauh gak huhuhuhu... akak ingat dia duduk kat kemaman je..rupa rupanya duduk kat kerteh.. anyway akak suka je jumpa kak lie nih setelah more than 10 years tak jumpa..dah ada sepasang cahaya mata dah.. yang paling akak sentap dia dah kurus dari akak.. dulu masa kat ITM dia paling besar lah kiranya..sekarnag?? malas cakap laa

Akak dera dia masak dinner untuk akak.. ye lah kak lie nih pandai masak macam set ibu ibu masa kat ITM dulu.. heheheh merasa gak akak makan masakan dia.. walaupun nampak simple tapi sedap uols... dia kata tak leh masak beria sangat sebab anak dia dua dua rajin menolong. tak terkejar nak memasak.. sekajap je tgk anak dia dah naik atas meja


ikan masak 3 rasa telur dadar dan sayur sawi.. best nyerrr homa made cook.. okey nanti akak sambung lagi.. banyak benor request kawan akak Elyn nih.. nak tgk Jetty lah.. nak tgk review lah (im talking abouit our plan ke Redang)

20 February 2013

ALAHAI TIMANG TINGGI TINGGI

Ikut hati akak nak je akak lambung timang timang maid dari Acheh yang melambung budak 4 bulan beberapa kali tu.. tapi akak nak lambung dia dari tingkat 17 sampai ground floor boleh?

Kena penjara lak tu 15 tahun bagi kesalahan pertama (mendera) dan 5 tahun kesalahan kedua (mendatangkan kecederaan) tapi hukuman berjalan serentak so total kena penjara 15 tahun sajer....

Cukup ke tak cukup???? tapi fikirkan balik duit tax rakyat malaysia gak menanggung dia makan tidor free kat penjara.. kalau hantar je balik pastu letak taq kat dahi sebagai pendera budak amacam? tapi sebelum tu timang lah dia tinggi tinggi ....

18 February 2013

MY BIRTHDAY IS TODAY :)

YES!!!! today is my birthday.. anyway dah tua tua macam nih i less craving for cakes yang ada banyak lilin atas tu.. of course laaa i masih muda remaja.. tapi i tak suka lilin yang banyak atas cake tu.. kalau tak ada lilin pun ada wording yang angka dia anak i tak abih belajar lagi berapa jumlah dia..


Yang paling i tunggu ialah gift from my husband.. My one and only husband, my handsome husband (ayat bodek in case dia baca) muhahahahaha..

Okey stop it ayat gedik.. anyway akak baru balik dari cherating.. pre celebration my birthday nanti akak citer lah yek..  akak tak sangka pulak akak dapat gift dari husband (chewahhhh.. padahal dok tertinjau sana tinjau sini in case ada paket besar kat boot kereta)..


sampai kat rumah dari cherating dah pukul 9 malam.. dah siap masak semua akak dapat satu bekas kecik sangat dari anak akak (biasalah sejak aa anak nih perantaraan bagi gift nih always anak akak).. dalam hati kata tak pe bekas kecik maybe dalam dia value for money uols.. (pinjam ayat jimah) suspend.. blushing nak buka kotak muhahahahaha

Suspend bukak hadiah.. errrrrrr???? aa buku nota? yes uols walaupun akak suka amik nota akak tak lah harapkan dapat note book kecik macam nih.. heheheh cover yus cover.. jangan nampak muka ketat... hahahahahahah


sekali buka je buku nota tu akak tergelak besar.... kahkah kahkah..akak dapat banyak gift voucher uols... ini maybe kes husband akak tatau mana yang paling akak minat.. yang tak tahan tu voucher hok atas sekali (cabut uban selama 20 minit??) wehhhhh akak tau akak dah tua.. tapi perluker dapat voucher cabut uban 20 minit.. buat ikhlas cukup hahahhahaha...

Anyway akak dapat dalam 8 keping voucher yang hebat hebat gak.. tak leh show off semua..nanti uols jeles... (ke uols gelak)

Thank you Addy.. u memang memahami I.. lets redeem my voucher now boleh????

09 February 2013

THERAPY MODE..

Kalau mood tak keruan nih.. macam macam therapy yang boleh kita buat.. bagi yang tak berduit macam akak nih boleh buat sesuatu yang agak merelaxkan kat rumah.. alasan tak yah bercakap ngan orang or tak jawab panggilan telephone.. baring je atas katil.. 24 jam pun takper..

sampai nak jawab sms pun tak boleh alasan tangan pun kena relax selari dengan muka.. Snail mask nih akak dapat dari cousin akak yang balik dari korea hari tu.. memula macam geli je nak cuba.. siput?? ada nama last name tak contohnya siput BABI? or siput SEDUT? tapi pikir dari membazir why not try.. tak cuba tak tahu kan.. *hopefully esok pagi aku tak lembab macam siput dan buruk macam *Tetttttt*

Okey bau dia wangi.. tak ada unsur unsur macam siput babi pun.. masa mula mula pakai rasa macam sikit pedih.. or gatal? pastu dah okey sejuk je.. selepas 20minit dah boleh tanggal dan tampar tampar je bagi dia kering kat muka..rasa melekit lekit.. dan berdoa ko tak mewarisi kulit siput babi esok pagi muhahahahaha

Note: kulit terasa lembab dan skin complexion nampak sangat halus.. marilah kita sama sama memburu siput babi uolssss....

08 February 2013

I HATECHUU!!!!

MODE TENGAH GERAM, MARAH, PANAS HATI...

Rasa tak cukup jari nak bebel.. Dia sorang je lah perfect.. dia sorang je lah "terrrer" cari duit..

Kalau kita bising dia tak mo dengar.. tak boleh nak cakap apa dah.. pastu salahkan kita balik.. .. sama je bodo piang..!!! Senang senang cakap kita bodo... kalau tak reti tengok orang lain.. orang lain dah tua buat cara dah tua.. nih perangai macam budak budak lagi..

Ko sedar tak ko mana ada kawan rapat? dah perangai ko macam tu saper nak kawan ngan ko.. semua orang tak betul.. ko sorang je lah betul dan perfect.. memang tak layak kawan ngan orang. kawan ngan ungka jer.. dok dalam hutan..


07 February 2013

BRAND NEW USED CAR FOR SALE

Laki akak merajuk ngan akak kaedahnye..terus g opis..  reason sebab akak membebel dia asyik beli kereta je.. akak bebel kita bukan orang kaya bang nak beli kereta je hari hari..

Alasan dia dia dah berhenti merokok so jimat dah 10 hengget Dua Kupang sehari.. boleh lah dia kumpul duit tu beli kereta.. masalahnya sekarang kalau dia beli satu kereta seminggu boleh lah akak kata jimat dah duit sebab tak yah beli rokok.. sekarang nih dia beli hari hari uols.. pantang pergi shopping mall...

meh tgk collection kereta dia hok dalam garaj.. akak amik gambar sikit je.. ada lagii dalam kotak dalam bilik dia..ntah apa lah dia nak buat ngan kereta nih




Setiap hari at least dia mesti beli satu.. kalau tidak dia beli 3 sekali gus.. kira lah berapa yang akak terpaksa spend duit beli menan dia nih.. satu biji dah tujuh hengget sembilan kupang.. sebulan dah berapa.. baik akak suruh dia beli rokok je sehari sekotak.. lagi jimat duit tabung keluarga..cepat sikit akak boleh kumpul ke Korea..


Sampai akak nak berjalan jalan berliburan kat bali hari tu sibuk sms suruh beli kereta Hotwheels nih.. satu kerja pulak akak dok cari kedai menan sambil bersila belek kereta yang dia nak.. penat taw.. sejam jugak akak dok belek cari model yang dia nak tu..


Tapi kengkadang akak tgk model yang dia nak sangat tu ada depan mata akak, dia pulak tak ada kat situ akak capai tepon call dia jugak.. marah marah sayang gituew.. beli kan lah jugak.. baik tak Mak Tiri dia nih..:)


Sekarnag akak  tengok kereta nih berjumlah ratus ratus biji..akak bagi warning jual aja kereta yang ada dua jenis yang sama.. buat apa nak beli banyak banyak bende serupa.. katanya limited edition lak.. hisss.. lepas satu satu hobby laki akak nih.. dulu kemaruk ngan kereta RC..setiap masa nak merayap ke titiwangsa main kete kontrol tu.. akak rasa dia tak puas main menan masa kecik kecik dulu

For me.. akak dah grown up.. dah tak minat anak patung.. akak minat the real pinggan mangkuk.. the real kuali dan periuk.. the real handbag , the real parfume not body mist.. and last but not least the real sport car.. huhuhuhuhhu


06 February 2013

BUKIT BENDERA PENANG

Bila uols last ke Penang? Akak ke Penang selalu cuma ke Bukit Bendera last akak pergi dalam 13 tahun sudah kot.. masatu pakai train yang slow naik ke atas tu.. kali nih Bukit Bendera dah ada Train elektrik baru.. dalam dua tahun lepas ada jugak akak nak melawat Train baru nih tapi masatu tutup pulak sebab train tu mengalami kerosakan.. hmmm so alang alang cuti hujung minggu we all ke Penang yek..

Beria kami laki bini berangan nak bertolak awal pagi ke Pulau Pinang.. bercita cita nak bertolak pukul 8 pagi supaya kat atas bukit bendera tak panas sangat. lagipun jarak dari Taiping ke Bukit Bendera dalam satu setengah jam kan.. tapi alih alih kul 1 tengah hari gak baru keluar rumah huh!!!

Jambatan masih macam dulu.. perancangan masa pergi naik jambatan balik nanti baru nak naik ferry.. tapi laki akak tak tahu kat mana terminat Ferry tu.. guna GPS memang sah sah dia tuju ke Jembatan nih jugak.. takpelah lain kali g penang naik ferry lak..lagi satu laki akak nih kalau akak tak alert pasal jalan dia sure melolong ntah ke mana mana.. akak pun tak tahu jalan tapi akak patuh pada GPS.. janji jangan ke Laut sudah..

Sampai di Parking Lot Bukit Bendera nih dalam kul 2.30 petang.. memang sangat panas terik okey.. terbakar dah kulit nih.. dah lah kat parking lot nih tak ada pokok merimbun..parking kena RM4

Penang Hill adalah sama dengan Bukit Bendera yek..
Seperti biasa Pusat jualan seperti nih memang banyak kat aras bawah Bukit Bendera.. sempat gak my boys paw akak sunglases RM10 each sebab panas dema kata.. pakai nyer kejap pulak.. sajer je taw..

Tu dia keretapi buatan german katanya.. berapa juta yek.. tapi memang selesa dan laju lah.. terasa gak berdengung telinga nih sebab mendaki ke atas bukit agak laju.. tak smapai 5 minit pun dah sampai ke puncak

Ini adalah senarai tambang ke Bukit Bendera buat setakat nih lah.. kena tunjuk IC uols yek bagi mendapat harga warga tempatan.. kalau pergi laki bini kena juga dedua tunjuk  IC.. akak amik hok pakej family with 1 child murah sikit iaitu RM17..
Dua beranak dalam train ke bukit bendera.. selesa dan luas..

Teruja gak akak naik train nih..padahal sama je macam monorel tu.. tapi maybe sebab dia mendaki bukit.. nak rasa gak best ke bukit bendera nih
Pemandangan Pulau Pinang dari atas bukit bedera.. panas terik.. kalau ada angin baru lah rasa sejuk sikit tapi menyengat kulit kalau kena matahari..


Sesiapa yang nak buat tatoo inai atas nih boleh gak..
Tetiba teringin nak try kacang putih pedas special. dia bancuh kacang putih dengan bawang, dan maruku dan serbuk pedas dan perah limau.. sikit je portion dia RM4..

Anak akak sibuk nak naik buggy nih.. perjalanan cuma 2 kilometer ke dalam sikit.. RM30 sebijik kereta yek.. akak tengok mat salleh rilex dukung anak berjalan kaki, naik beskal..

tapi best gak sebab dia stop kat tempat tempat menarik dan amik gambar we all.. kan susah nak bergambar bertiga dengan anak yang sangat lasak nih
berlatar belakang kan Pulau Pinang
 
Owh peti surat nih dah sangat lama tahun 1818 lagi.. dan hanya tuk perhiasan yek.. posmen pun tak ada kunci dah for tong surat nih. tapi kalau uols sesaja nak letak poskad dalam nih boleh kot..
kami kat bukit bendera tak lama dalam satu jam jer.. bukan ada apa pun kat atas nih.,. dan akak rasa tak perlu lah akak ke sini lagi dlaam 20 tahun akan datang muhahahahahha.. tak best pun uols..
Akhirnya setelah decide kami bersetuju nak pergi Queensbay mall.. dengar citer mall nih paling besar kat penang.. okeylah.. parking pun senang nak dapat.. maybe sebab ramai chinese yang sambut CNY so preparation dorang kat sini meriah sikit..

Setelah lama berjanji akhirnya janji ditepati.. mujur ada discount kat AEON...
Masa balik we all nampak kat tepi pantai kat Queensbay mall nih sungguh banyak gerai dan orang lepak tepi pantai.. akak pun lepak lah sekali. smabil makan laksa.. jodoh laksa ada petis ataupun otak udang.. sedappppp..

KAt sini juga kerap nampak kapalterbang turun dan naik dan sangat rendah..sebab sama ada kapalterbang tu baru departure or arrival dari mana mana destinasi,, rasa macam boleh capai je kapalterbang tu..
terima lah gambar laki akak yang penuh kebosanan.. susah nak suruh dia berjalan dengan gembira sebab dia bukan seorang yang fun....

P/S: laki akak kata dia tak mau orang kenal dalam blog akak maka akak colourkan rambut dia blond.. kakakakka.. mana aci dia sorang jadi mat salleh..akak pun nak berambut merah macam balung ayam kakakakakaka.. uols ingat we all berani keluar rumah dengan rambut kaler kaler? hahahaha

04 February 2013

BALI DAY 5-FINAL

Hari kelima dah nak pulang ke KL.. perasaan bercampur campur.. rasa tak nak balik pun ye.. tapi ko nak buat apa kat sini..anak dan laki ko kat KL kan.. seperti biasa akak memang bangun pukul 6 pagi.. tapi since tak ada apa apa nak buat tarik selimut laaa.. barang pun dah siap packing.. Rini dan A'an pulak dah merayap ke Beach Walk sementara menunggu appointment dorang kat SPA kul 10 pagi.. akak nyer appointment kul 12.00 tengah hari.. so mereka bertiga pergi dulu.. barang barang semua letak kat storage room pop hotel

Akak tak turun breakfast pun..syok layan TV.. :) sampai Jimah pun lambat g appointment SPA.. kul 10.30 baru dia gerak ke Inner Glow SPA..

Ini adalah Hotel Pop Kuta Bali .. rate dia akak dapat for 5 hari 4 malam ialah RM422.00.. okey lah sebab we all just stay kat sini tuk tidor jer.. lagi pun hotel nih masih baru dan barang barang dia memang baru keluar dari kedai.. nak ke Legian dan ke Kuta Beach pun tak jauh nak menapak..

Rini dan A'an naik teksi ke Beachwalk kena 10,000 rupiah je.. biasalah memula memang dorang set kan 6,000 rupiah pastu meter bergerak ikut KM.. tapi murah siut berbanding semalam akak kena kelentong dengan teksi driver tu..lahanatt... dorang makan Mc D.. rindu Mc D ke pun.. btw kat sini semua fast food adalah Halal bertepatan dengan syarat oleh kerajaan Indonesia.. kalau korang nak hentam fast food hari hari pun tak pe kann..


Bye bye our cute hotel..so colourful.. owh kat bilik wifi percuma yek tapi since we all pakai sim card indonesia memang browse pakai simcard we all je lah.. lagi pun surfing pakai sim card Telkomsel memang murah.. lepas akak check out dan tinggal kan beg akak menapak sengsorang ke Spa di Legian..akak cuma buat Hair Cream bath dan reflexology je.. tak kuasa period period nih nak buat scrub dan massage badan..

Jimah buat 4 jam spa..since dia lambat datang so lambat lah habis.. dalam kul 4 baru dia siap..akak pun jalan jalan kat sekitar legian dan akak jumpa satu kedai exotic leather.. huh best nyeeee..akak memang geli dengan ular tapi kalau dah jadi handbag or kasut or tali pinggang tak lak gelinyer.. nasib baik WWF tak jumpa kedai nih.. boleh akak tempah mengikut design yang akak suka.. normally dorang amik masa 3 hari tuk siapkan tempahan custom made handbag kita..pstt akak nampak satu beg yang telah di tempah oleh salah seorang model malaysia.. design hermes birkin kulit lembu uolssss....

No 1 tu antara pelbagai kulit,, ada kulit harimau , kulit zebra, kulit buaya dan kulit lembu.. hok paling murah kulit lembu lah... tapi dorang punya jahitan sangat kemas dan teliti yek.. Hok No 2 dorang buat wallet lelaki dan wanita menggunakan kulit ular.. ada jugak sarung blackberry.. No 3 dorang buat overnight beg menggunakan ular sawa kembang... No 4 antara design hermes yang di buat menggunakan kulit lembu .. No 5 pulak  clutch yang menggunakan kulit biawak.. kulit biawak kecil so tak leh nak buat handbag.. nak buat wallet boleh lah.. tapi kulit dia keras yek.. no 6 pulak Kulit ular yang telah di proses dan di tambah colour.. tapi akak lebih suka colour yang original...

Cantikkan handbag tu dari kulit Ular sawa Batu.. akak suka kulit ular sawa Batu sebab sisik dia halus halus..
Hok sebelah kiri kulit ular sawa kembang warna original sepanjang 7 meter.. besar sungguh ular sawa tu yek..apa lah yang dia makan sampai panjang dan besar macam tu.. hok sebelah kanan ialah clutch akak yang di buat dari kulit ular sawa batu.. cantik kannn.. i love it...!!!! matilah akak kena lazer ngan pencinta haiwan.. ye akak tahu kejam kan.. tapi akak suka nak wat camner?

Ini adalah suasana area Hard Rock cafe berhadapan Kuta Beach di waktu pagi.. orang masih tidor lagi sebab semalam berparty sampai lewat pagi kot..

Rini dan A'an meronda sekita Kuta Beach... maklumlah hujan lebat pagi tu yang agak mendung jeee..
Lepas jimah siap berSpa kira kira pukul 4.00 petang kami amik teksi ke Discovery Mall.. dari legian ke Discovery Mall adalah lebih kurang 10 minit menaiki teksi  dan tambangnye sebanyak IDR16,500 sahaja.. sekali lagi damn teksi driver semalam... Discovery Mall nih dekat sangat ngan Airport
Kami makan di Pizza Hut.. kat Pizza hut di Indonesia ada berbagai bagai variety.. lain dari Malaysia.. total kami makan berdua dengan sangat kenyang maklumlah makan tak pandang kiri kanan IDR176,000 = RM57.. fuhhhh kenyang sangat okey..

Pastu akak ronda discovery mall sebab laki akak pesan Tshirt Quicksilver, dan kereta Hotwheel..jenuh akak bersila nak cari kereta mana nak beli.. dan adik lelaki akak pesan rokok...sebab rokok sini murah sekotak malboro ice blast yang picit picit keluar menthol flavor tu sekartun 150,000 je.. so dalam RM4.60 sekotak.. beli dua kartun lepas settle semua we all lepak tepi mall nak tgk sunset...

Beg pakaian dah bagi sesiap letak dalam van  kat pak Ujang masa rini nak check in flite..since rini punya flite kul 4.00 petang dia kena ada kat airport kul 2.00 petang.. we all nyer flite kul 10 malam.. patutnya kul 8 kena ada kat airport tapi kami mintak Pak Ujang jemput kami kat Discovery Mall kul 7.00 malam.. nanti lama lama kat sini mulalah banyak lagi belanja nyer..

Ini ialah discovery mall... besar jugak dan tak puas akak nak meronda dalam nih.. maklumlah nak kejar masa.. mentari mall pun tak pergi lagi... owh ya kalau nak beli rokok tak payah lah beli kat free duty kat dalam airport tu..mahal laa.. dia charga dalam dollar.. harga dah jadi hampir double.. beli siap siap kat Bandar Bali.. beli kat kedai macam K Mart pun tak per (macam 7-11 malaysia)

Airport Ngurah Rai tengah di naik taraf dan di jangka siap hujung tahun 2013.. buat masa nih memang bercampurlah antara flite domestic dan international dan agak sempit...

Dah habis tengok sunset,  makan,  call pak Ujang amik we all... rupa rupanya Pak Ujang dah siap parking kereta tunggu akak kat entrance... dia tak call pun akak maybe sebab nak biar akak puas berjalan dulu maklumlah Discovery Mall ke Airport tak sampai 5 minit je uolsss..

sampai kat Airport pukul 8.00 malam akak wrapping beg kecik akak tu sebab akak lupa bawak lock beg tu.. kena IDR80k okey..sangat mahal .... padahal beg tu kecik sangat.. cabin beg..sib baik ada lagi spare 100k dalam tu .. dan 150k dah standby nak bayar airport tax....

tepat pukul 10.05 flite kami pun berlepas.. since jimah ada balance lagi duit rupiah dia kasi habis dengan mengoder nasi ayam dan air chartime dia belanja akak dua milo panas.. heheheheheheh.. nak kasi kering kontang lah duit rupiah tu.. lepas tu kami tidor sampai lah ke KL pukul 1.. dan masih bernasib baik sebab kami hanya duduk berdua di seat tiga tempat duduk tu...

Addy tunggu kat Parking lot dan sampai kat rumah dekat kul 3 pagi gak laaa.. fuh penat sungguh..sampai je terus akak campak beg dan tidor.. esoknya bangun tengok matahari dah tegak meninggi .. habis daaa citer bali.. nak pergi lagi??? akak nak sangat pergi lagi.. sampai sekarang akak masih masuk web site Air Asia mengharapkan akan ada tix murah dalam masa terdekat nih.. nak pergi dengan suami terchenta.. baru romatik :)