29 March 2013

PERAPAN KAMBING CARAKU

akak tak makan kambing nih uols.. tapi lately setelah akak makan kari kambing kat Banana Leaf curry house kat bangsar sedap lak dia masak kari kambing tu.. lepas tu akak tgk kat giant hok dorang dah siap marinate tu.. Harganya kira kira RM23 satu kg.. kalau satu kg tu dapat lah dalam 5 keping je kot.. mana cukup kami anak beranak (sebab dorang buat sedap)

Bagi langkah langkah mencermatkan bajet dapur akak supaya akak boleh beli benda merapu yang lain akak beli  Australia Shoulder Lamb Frozen jual kat giant jugak.. dalam 6 keping dapat RM10 je.. pastu akak buat rempah marinate sendiri.. sambil tu akak cuba agak agak apa yang dorang taruk sebagai rempah marinated kat giant tu..


Walaupun tak sama macam hok giant tu .. tapi suami  akak  kata akak  buat marinated lagi sedap.. matilah kena beli seluar one size extra sebab kembang semangkuk vontot i uols.. Malang sungguh kambing nih datang dari Oz semata mata nak kena mandi rempah dengan akak..



Lepas marinated selama lebih kurang 3 jam.. or kalau dapat sehari perap dalam peti ais pun sedap gak.. baru akak grill atas kuali.. akak pakai pemanggang ajaib hok beli kat idaman suri tu .. kadang kadang akak grill je atas kuali leper non stick nih.. padan muka dia kena salai kekekekekek



Taraaa.. dah siap lepas masak.. sungguh hot and spicy serta sweet dia kan :) merayu rayu mintak di masuk dalam mulut..makan gituew aja or with nasi panas memang sedap uolsss

Akak letak bahan bahan marinated akak buat yek.. kalau ada reader nak tambah bagi idea sila comment yek.. maklumlah akak dulu ada buku resepi tapi sejak ada anak nih semua jadi buku conteng dia.. supaya tak hilang akak letak lah dalam blog nih untuk rujukan akak nanti (bajet macam sedap sangat lah kann). Bahan bahan nih semua akak dapat kat dapur akak.. dapur akak banyak spice uols.. akak campur je buat experiment

1. Gula satu sudu besar
2. Sos BBQ Knor (tradisional) dua sudu besar
3. Paprika satu sudu besar
4. Mix Herb satu setengah sudu kecil
5. 5 spices setengah sudu kecil
6. Rempah kari daging Babas satu sudu besar
7.Lada hitam sesudu besar ditumbuk
8. serbuk garlic satu setengah sudu kecil 
9. Serbuk cili satu sudu besar (supaya pedas :) )
10. Olive oil dua sudu besar
11.sedikit garam

Campur semua bahan bahan dan sedikit air panas supaya menjadi paste yang pekat dan perap lah daging kambing tersebut sekurang kurangnya tiga jam.. baru grill atas pemanggang ajaib atau non stick pan


27 March 2013

PRAWN AGLIO OLIO

Ingat tak bila uols start memasak.. or first time uols memasak..? for me akak start memasak maksudnya the very first time akak memasak dari sediakan bahan dan terus jadi makanan masa umur akak 12 tahun.. Arwah abah akak yang ajar.. apa nama masakan? Nasi Goreng Kicap..

Kisahnya pada waktu petang lepas penat bermain dengan rakan, akak rasa macam lapar dan nak makan nasi goreng... akak tak ingat macam mana tetiba arwah abah akak kata senang je nak masak nasi goreng.. amik nasi sejuk pastu gaul ngan kicap pastu panas kan minyak dan goreng.. dan akak berjayalah buat nasi goreng kicap hitam berkilat kena lumur minyak.. macam nasi goreng minyak kicap pun ada rupanya.. tapi for me rasa dia sangat sedap.. berani kata masakan sendiri tak sedap..?

And sejak itu akak kena masak nasi.. kena tolong kerja  masak kat dapur.. kena basuh pinggan.. eh basuh pinggan since darjah tiga dah kena kot sebab polisi kat umah akak setiap cawan dan pinggan yang kita guna kena basuh sendiri.. lelaki pompuan semua kena buat.. bagi akak masa tu ingat semua lelaki pandai masak sebab arwah abah akak pandai jugak masak.. walupun tak sepandai mak akak..

Sehinggalah tahun 2000 bila akak mula bernikah kawen dengan suami akak nih.. baru akak tahu dia kat umah mak dia,  masak air panas pun tak pernah..semua mak dia buat.. aduh parah!!!! Otak akak ligat nih nak cari idea nak suruh dia masak walaupun simple ... so far akak pernah tgk dia masak meggi je..  kalau akak sakit dia tanya nak makan apa.. akak cakap bubur nasi of course lah paling senang kan.. dia siap tanya nak bubur nasi ayam ke daging.. kesian kat dia akak cakap nak makan bubur nasi ayam lah senang.. baikkkkk nyer lepas akak cakap dia terus start motor gi beli uolsss...takde nye nak masak masak nih..

Okey hari ini dalam sejarah setelah 13 tahun dia berjaya memasak Prawn Aglio Olio uols... kemain start masak italian food..(sesuailah dengan nama ala ala itali kan) padahal nih lah paling senang kan.. berusaha akak yakinkan dia.. he can do it.. so we all berdua kat dapur akak tolong tunjuk barang apa nak guna dan akak rebus spaghetti je.. yang lain akak monitor jadi mandur...


dan hasilnya.. walaaaaaa.. sedap uols.. akak puji dia masakan sampai keluar bijik mata putih je nak kata sedap sangat laaaa... (harap harap dia nak try masak lagi lah lepas nih) lepas nih kalau akak sakit demam bagai akak mintak dia masak Prawn Aglio Olio nih je lah kannn..

And the best part laki akak kata senang rupanya memasak nih.. nanti ia nak try masak bende lain lak.. Heheheheh

Okeylah akak bagi resepi nih buat tatapan adik pompuan akak Yanty tu.. akak faham dia nak tanya malu nanti kalah ngan abg ipar kan.. so adik ini lah bahan bahan nya ye.. kalau allergic ngan udang tukar je lah jadi ayam ...

BAHAN BAHAN
A Lot of bawang putih.. akak guna 8 ulas bawang putih
Udang saiz besar/sedehana
Minyak Zaitun (akak guna extra virgin olive oil)
Sedikit butter
Cilipadi 2 ulas (wajib tekak melayu)
Chilli Flake nak kasi lagi pedas
Italian flat-leaf parsley (akak guna daun ketumbar.. sama ke tak?)
garam dan kalau suka letak lah lada hitam sikit

CARA CARA
1. Rebus Spaghetti sampai lembut dan toskan.. basuh ngan air paip supaya tak melekat
2. Bersihkan Udang buang kepala , kulit dan belah belakang dan cuci
(kulit udang tu sila rebus buat stock udang)
3.Tumbuk@dadu bawang putih, daun ketumbar racik halus
4. Hiris halus cili padi :)

Panaskan kuali dengan sedikit olive oil/butter dan masak udang sehingga sedikit brownish, Kemudian asingkan.. gunakan kuali yang sama masuk kan kira kira 3 sudu olive oil dan sesudu butter.. masukkan bawang putih, cili padi dan chilli flake.. masak sehingga naik bau.. jangan sampai hangus bawang putih tu.. kemudian masuk kan dalam 3 sudu air stock udang..kalau tak de pakai je air biasa pun okey.. kemudian masuk kan garam dan udang tadi.. masukan spaghetti dan gaul rata dan akhir sekali masuk kan daun ketumbar yang telah di racik halus. rasa cukup masin dia dan sedap boleh lah tutup api dan hidangkan bersama hiasan bunga bunga cinta..

Senang kan... selamat menjamu mata :)


25 March 2013

BAINUNIAN ALUMNI BOWLING 2013

event nih berlangsung pada 17 March 2013.. Alhamdulillah ramai dapat menghadir kan diri,, kalau sampai semua Bainun Alumni amik bahagian tak cukup lane lak.. masuk acara books of record nanti..

Since akak adalah organiser yang dilantik secara paksa berbekal kan bajet yang sikit.. dan terima kasih kepada sponsor bagi hari tersebut..akak berjaya mendapatkan RM3500 sponsor berupa cash dan voucher.. tambah lagi fees bagi tiap team.. so alhamdulilah dapat lah bagi hadiah serba sedikit dan sumbangan ke tabung Alumni... walaupun tak banyak tapi berbakti kepada sekolah kan.. dah tak dinafikan ramai yang dah berjaya ex bainunian .. insya-Allah duittabung alumni akan cecah berjuta juta jugak macam alumni sekolah lain.


Voucher Rm1100 bagi pemenang..


Hamper untuk tempat pertama sampai tempat ke lima dan dua lagi pemain lelaki dan wanita terbaik


Azbarina, Intan Alias.. dan Bond Girl.. :)

Organiser pun main.. sib baik tak menang .. kalau tidak kontroversi..



Para penyokong akak.. dema nih lah yang kata akak terrer walaupun pin jatuh satu je.. :)


Me and my senior.. Kak Asmawati.. my senior 4 years..

Biasalah aksi terlampau.. walaupun more than 20 tahun tak jumpa.. i like :)

My Batch

Gambar peluk hug hug.. kiss kiss bikin panas

My senior 1 year.. with our t Shirt I AM BAINUNIAN


Team senior yang dapat hadir

Team junior




The crowd


Ina and husband.. datang jugak

Tempat ke 5


Senior

Love is all around us.. husband and wife so sweeeeeet...

22 March 2013

MEREKA TIDAK BODOH...

Apakah persamaan di antara public figure  di bawah?

Orlando Bloom


Leonardo Da Vinci

Tom Cruise

Richard Branson

Yes ke empat empat mereka mempunya Dyslexia.. apakah Dyslexia Itu..?

Sumber sini

Tahukan anda bahawa Dyslexia adalah merupakan salah satu daripada masalah pembelajaran utama di malaysia? menurut kajian yang dijalankan,prevelance kanak-kanak di malaysia yang boleh dikenalpasti mempunyai dyslexia adalah sebanyak 4.25% dan apa yg lebih teruk,ia mjd penyebab utama mengapa kanak2 ponteng ke sekolah.

menurut Kementerian Pendidikan Malaysia,kanak-kanak yg mengalami dyslexia adalah murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan mengira. puncanya disebabkan oleh sistem bahasa, sistem visual dan gangguan sistem otak (cerebellar system). ia menyebabkan kanak2 sukar untuk memahami dan mentafsirkan apa yg mereka lihat dan perhatikan. dari aspek bahasa,kanak2 dyslexia biasanya menghadapi masalah membahagikan perkataan kepada suku kata. masalah 'decoding' ini menyebabkan mereka tidak dapat menyebut dan membaca dengan betul.selain itu,kanak2 dyslexia juga sukar membezakan huruf2 yg serupa seperti huruf p-q,m-w,b-d,p-g-j,n-m dan t-f. mereka jg sering menterbalikkan perkataan spt suka-saku, family-falimi,buah-buwa,selasa-selase, meja-meje. selain masalah membaca dan mengeja (dysgraphia),mereka juga menghadapi masalah dalam pengiraan (discalculia),koordinasi pergerakan (dyspraxia) dan copying.

apa yg lebih menyedihkan, kanak2 ini juga sering disalah anggap dan kerap kali dilabel sebagai budak bodoh,nakal dan malas. inilah yg menyebabkan wujudnya masalah psikologikal dikalangan kanak-kanak ini.

walaupun menghadapi masalah pembelajaran, namun tidak beerti kanak2 dyslexia ini tidak boleh berjaya dlm hidup. tahukah anda bahawa Walt Disney,Leonardo da Vinci, Pablo Picasso,Winston Churchill, John F. Kennedy, Bush & Sons,Lee Kuan Yew,Albert Einstein, Alexander G Bell,Tom Cruise, Whoopi Goldberg,Harrison Ford,John Lennon (The Beatles) dan Cher adalah merupakan kanak2 dyslexic. ini kerana, kanak2 dyslexia hanya menghadapi masalah dlm pembelajaran tp mereka mempunyai kebolehan tinggi dalam bidang yg mereka minati.(sume contoh mat sallehkan? sbb kat malaysia, masalah dyslexia ni msh blm ada rujukan dan kajian dijalankan).kerjasama daripada pihak ibu bapa,guru2, kakitangan kesihatan dan masyarakat amnya adalah penting dalam menangani masalah ini. seharusnya masalah ini tidak dipandang remeh kerana ianya memberikan impak yang besar kepada kanak2 yg bakal menjadi pemimpin negara pd masa akn datang. 
 ............................................................................................
okey ramai lagi yang boleh berjaya walaupun mereka mempunya masalah dyslexia selagi mereka diberi kaedah pembelajaran yang susai dengan masalah meraka ... 

Kepada ibubapa yang mempunyai anak Dyslexia.. bantulah dan kenalpasti lah masalah pembelajaran anak anda sedari awal kerana mereka bukan bodoh dan sebenarnya mereka juga berusaha untuk berlajar dan pandai.. 

Di Malaysia banyak kelas telah di wujudkan bagi mengatasi masalah ini.. dikenali sebagai kelas khas supaya mereka boleh memahirkan diri dengan masalah yang mereka hadapi.. jika di kesan ketika di peringkat awal terdapat juga Pusat Kegiatan Dyslexia yang diwujudkan bagi membantu golongan ini..

20 March 2013

KISAH PEREMPUAN GEMUK

Haritu kan akak pergi taman tasik Titiwangsa.. sambil tgk orang sambil senaman.. ada sorang pompaun gemuk dok pakai baju striking pink dari atas sampai lah bawah..bajet cute lah tue.. terpukau akak tgk gerak geri dia.. lari dalam sepuluh langkah dok relax.. air memang sangkut kat bahu..jap jap teguk air..

Sesekali kalau nampak spot yang menarik terus berhenti amik gambar sendiri.. buat muka sengat ke kanan tak suka.. pastu buat muka senget ke kiri tak suka.. nampak gemuk jugak kot.. lepas tu amik gambar sembunyi balik pokok.. nampak kepala je.. terus dia tersenyum lebar.. upload terus dalam instagram or facebook.. maybe nak tunjuk kat rival dia kat facebook yang sedang diet bahwa dia pun sedang gigih senaman...bikin gempak.. lepas tu tak nampak dah dia berlari.. jalan jalan makan angin je.. tu pun nak melangkah tak berapa larat lagaknyer..

Jam dah menunjukan hampir pukul 7..nak maghrib dah.. kedai pun banyak dah ready nak tutup.. tiba tiba perempuan gemuk serba pink tu berlari dengan amat laju.. bagi dia laju lah kot.. bagi orang lain nampak macam lori naik bukit je... tetiba dengar pompuan gemuk jerit.."bang bang.. nak tutup kedai dah ke? bagi burger daging extra cheese satu.."

Sungguh kesian ngan pompuan gemuk tu.. berlari laju mambakar kalori yang tak berapa ada semata mata nak tambah kalori yang berganda ganda..

Dan yang paling sedih pompuan genmuk tu adalah  AKU.. huwaaaaaaaaaaaaa

18 March 2013

HOTEL SUMMIT USJ

Last weeks was our 13th Anniversary.. tapi kedua dua lupa.. adatlah.. hahahah fair and square.. nak celebrate this week akak ada organised satu tournament Bowling for our Bainun Alumni.. so we settle stay kat Hotel Summit USJ Thanks for my BFF Eileen yang tolong booked hotel tuk akak.. nak amik connecting room dah habis so kami duduk berdepan je.. kisahnya ada satu lagi family dok check in jugak kat hotel ni.. duk selayang je pun siap amik dua bilik ehemm.. duk tingkat paling tinggi lak tu..sajer tak mo kami kaco lah tu..

Bilik kami di tingkat 7.. tapi yang tak best naik je kat tingkat 7 nih dekat hall way dah semerbak bau rokok.. since husband akak nih dah quit smooking we all memang sensitif bau asap rokok.. rasa pening kejap.. masuk bilik terus akak sembur parfume akak..

Wifi spot betul betul kat depan bilik we all so signal dia memang strong laa

walaupun katanya hotel nih 4 star tapi keadaan memang amat tak mencerminkan.. maybe 15 tahun dulu boleh kot..sekarang  nih kena review balik kategori star tu.. pool pun kecik.. sib baik akak tak gigih nak berswim bagai pakai wetsuit..

Keadaan lobby old school sangat kan..fesyen dulu dulu.. sekarang kalau kita stay hotel yang baru baru 4 star memang sangat cantik dan moden.. ramai gak stay kat sini..ramai group tourist

Okey bilik akak boleh kata agak besar.. for standard room ada satu katil queen dan satu katil single.. tapi memang selalunya Addy dan Alli memang satu katil.. akak kena mengalah tidor kat katil single tu..
failities semua lengkap.. wifi percuma tuk satu device satu bilik

Siaran TV memadai lah.. untuk business trip sesuai lah sebab banyak meja..

ada kettle. mini fridge bar, hairdryer..

even dalam closet pun ada ironing board dan iron.. senang tak payah nak request semua bagai..tapi sebab we all satu hari je kat sini dan rumah pun dalam 30 minit je dari sini so tak de lah nak beriron bagai

selalunya masuk bilik hotel mesti cari suis aircond kat dinding kan.. tak jumpa uols.. rupa rupanya kat meja.. macam dolu dolu hotel nih..

Anak akak kalau boleh tak mo keluar langsung..dia suka duduk dalam bilik nih je layan ipad.. kat umah pun macam tu susah nak ajak keluar.. dia akan keluar kalau akak ajak mandi pool.. nih pun nak keluar makan jenuh paksa.. tapi gagah jugak we all keluar minum teh after jalan jalan kat summit square..balik kul 12 malam gak

Pemilihan warna dalam bilik air memang zaman jepun kakakakaka.. look tired sangat.. owh dia tak ada toilet hose/bidet .. pakai tisu je.. tu sebab dia sediakan gayung kat dalam bilik air.. tu lah akak kata hotel nih memang dibina  masa zaman jepun..sekarang kebanyakan hotel dah mengambil kira tentang pelanggan muslim...


 Swiming pool dia asal ada je.. budak budak sukalah dan kita pun senang nak monitor.. tapi bayangkan kalau ramai guest hotel turun mandi.. tak ke berlaga vontot.. :)


Dan view dari bilik akak.. Nice!!!! heheh overall since harga yag akak dapat murah RM185 (corporate rate hujung minggu) which is akak rasa berbaloi laaa. dan senang akak nak pergi ke Ampang Bowl summit Square tu.. nanti akak update event tu yek.. daaaa

16 March 2013

NAIK KAPAL UOLS...

On the way nak balik ke KL after makan berketul ketul Sata, Pais, Otak Otak akak call kawan lama akak masa akak sekolah rendah.. Akak kan anak navy membesar di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut.. kebetulan jiran akak tua dua tahun dari akak pun menyertai Navy mengikut jejak langkah ayah dia.. Lama giler akak tak jumpa dia.. last akak jumpa dia masa akak form 3 sebelum akak perpindah ke Kuala Lumpur sebab arwah ayah akak penden.. nasib baik kenal lagi..of course lah saiz akak menjadi topic utama dia.. kakakaka.. dia ajak akak tgk kapal.. Addy memang suka sangat naik kapal nih..akak layan je lah..

Since kapal nh dalam proses pembaik pulih dan kawan akak terlibat dalam membina kapal ini secara JV dia paham selok belok kapal nih.. jom kita tgk
kapal no 174 KD Terengganu

KD Terengganu Docking !!!
Say Hi!!
Dalam kapal
Naik ke Ship Control Area
Nak jadi Kapten Kapal?
Tak mo kalah jugak
Muka berlengas.. panas kat luar.. nasib baik dalam kapal sejuk Aircond kuat
View dari atas kapal

benteng bagi menahan ombak

Ada kes masa benteng tu belum buat.. ombak sangat kuat hingga kapal kapal kecik yang tengah dock naik terus kat atas limbungan.. sebab tu dorang buat benteng tu
Kapal kecik or Boat?

Tempat shoot meriam
Aktiviti masa lapang..cat kapal

Happy nyer dapat naik kapal
Melawat kapal lagi kecik
Naik KD Gempita
Old School nyer kapal
Loceng perasmian
Ala tarzan





sesi sembang ngan kawan lama.. dah nk masuk 5 anak dah.. tahun depan patut pencen tapi dia sambung lagi service sampai 25 tahun

sampai tertidur hero akak nih

Us with happy face
Lebih kurang sejam lebih kami buat lawatan kat dua kapal nih.. macam menteri pertahanan lak.. dalam kul 3.30 kami bertolak balik ke KL..sempat akak singgah Temerloh beli dua ekor ikan patin dan sekor ikan talapia.. yummy.. masak asam tempoyak lah dinner nih :)