29 April 2013

PULAU REDANG - REVISIT PART 4

Hari nih hari kedua di Pulau Redang.. aktiviti hari nih agak pack sebab ada dua snorkeling trip.. sebelah pagi di Marin Park dan sebelah petang kat open sea.. awal awal pagi dah akak gerak Alli dan Addy nak pergi breakfast dan get ready nak gi snorkeling.. tapi alli dah biasa bangun lambat so akak pergi berdua je.. akak yakin dia tak akan bangun lagi dan kalau dia terbangun pun dia akan cari kat bilik kawan akak.. seperti biasa khidmat mentapau makanan untuk anak akak telah dilakukan dengan jayanya.. boleh bawak makan tepi pantai kat marin park..



Pukul 9.45 pagi semua dah berkumpul kat tepi pantai nak pergi ke marin park.. perjalanan dari Resort dengan menaiki boat ke marin park memakan masa 10 minit.. sampai je kat Marin park nih akak tak nampak laut..penuh ngan manusia bersama life jacket berwarna oren terapung apung.. pukul berapa lah agak nya dorang sampai yek..


Makcik farah nih memanjang dok bawah jembatan.. dah lah rumah dia tepi jambatan kat sini pun nak duduk bawah jembatan.. pastu dengan bangga kata "aku tak sun burn" chaihhh !!!.. bagus jugak sebab Eileen boleh jaga barang.. sebab kat sini khabarnya ada monyet.. tapi sekor pun akak tak nampak..

Ikan banyak kat sini.. akak nak pergi jauh sikit tak boleh sebab anak akak nak ikut dan addy lak masih tak boleh nak mandi laut.. tapi dia curi curi terjun jugak.. dia kata okey tak sakit pun kulit dia.. sampai kat sini pun matahari tengah nak terik.. aka pun sebab nak menjaga coral tak lah pakai sunblock.. protect the coral katanya.. itam pun itam laa.. tapi akak bukan tukar kaler itam,.. jadi merah terus..


Resort we all paling last balik setelah semua tourist dari resort lain balik. so dapat lah menikmati pemandangan dalam laut tanpa berlaga bontot ngan orang kan..

Aleya tak berapa sihat sebelum datang ke Pulau.. Nasib baik dia boleh lagi bermain main kat Pantai nih..


Anak anak kami yang sudah pandai snorkeling dan sudah biasa dengan ikan besar besar dan colourful



Haiqal.. anak sulung Eileen dan Kim

dalam banyak banyak Aleya nih paling berani dan pandai berenang sikit.. tak ada lah takut takut

Lagi sorang suka jaga tiang jematan

awwwwww.. nak jugak bergambar ala ala cute..


Pasir pantai yang putih dan air laut yang jernih membiru.. okey akak ada buat satu video.. hope uols enjoy the movie.. lagu tu memang akak suka  mengisahkan ikan tentang laut dan penyu.. hehehehe


27 April 2013

PULAU REDANG- REVISIT - PART 3

We all dan anak anak bermandi manda di depan resort tu sa,pai pukul 6 jugak laa.. tu pun jenuh nak paksa anak akak naik ke darat.. perut dah lapar sebab we all skip tea break tadi.. lepas mandi kat bilik siap siap apa yang patut dalam kul 7.30 we all gerak tuk dinner.. di Redang Beach resort nih makan style coupon.. tapi coupon guna time Lunch dan Dinner je.. breakfast dan tea break tak payah pakai coupon.. kalau uols dari resort sebelah nak tumpang makan pun boleh kot time breakfast dan tea break kan kan kan :)


Akak tak paham lah Pakcik dan makcik nih kat pulau macam terlebih romantik.. baju nak sama sehati dan sejiwa..kaler rambut pun sama cuma hok sorang tu pakai tudung.. kalau tidak dah rupa nenek dan atuk.. anak kecik kecik lagi.. heheheh

Anak akak kan memang kurang berselera makan kalau kat hotel or kedai makan.. nak kena akak masak jugak... kalau kat rumah memang dia tak suka makan kat luar..sama juga kat sini.. risau akak.. terpaksa akak seludup makanan bawak masuk bilik.. nanti dia lapar.. bab seludup makanan memang kepakaran akak nih sejak ada Alli nih.. setiap kali masa amakan akak suspend.. apalah lauk nyer.. takut budak nih tak ada bende nak makan.. macam lunch tadi dia makan nasi dan ikan je.. bende lain dia tak makan.. ikan tu pun jenih akak paksa makan.. kalau tidak dia nak makan nasi putih je.. adoii

Tema malam nih BBQ.. wahh meriah dengan seafood dan kambing pun ada.. style western sikit malam nih.. ikan dan chicken wings dia dah siap bakar dalam aluminum foil,, tapi bende lain macam sosej, kambing dan lain lain kita pilih dan bakar sendiri.. akak tak kuasa nak bakar bakar nih. pkang bau asap akak nih.. biar Addy je lah buat..

Akak makan nasi goreng cina, Chicken wings dan ikan je.. akak tak berapa selera nak makan.. nasib baik ada nasi.. kenyang sikit akak ni.. akak nih hantu nasi.. nasi dan akak memang kawan baik..

Kawasan tempat membakar pun luas.. akak tak pergi pun area sini sebab panas.. akak cuma tapau bawak balik beberapa ketul chicken wings dan sosej je.. habis tengah malam anak akak baru mintak makan..



Sweet corn dan kuah pasta, spaghetti ikan bakar dan salad kegemaran kim.. akak geleng kepala je tengok dia ratah salad.. gemor sangat rupanya..


Lepas makan akak sefamily round kawasan pantai.. tapi kami pergi kawasan dekat dekat sahaja.. bunyi live band dari resort akak dan resort laguna dah berkumandang.. tapi kenapa lagu cina jer.. adoiii.. adalah sikit sikit lagu english.. tapi most of the time lagu cina je.. tak paham.. tapi akak suka lagu Mo Mo Cha.. salah satu lagu tema filem hong kong dorang shoot kat sini lama dulu..

Perut akak petak 5 uols.. hebat tak?


Ini adalah rumah masa pengambaran cerita Hong Hong Summer Holiday yg dilakonkan oleh sammy cheng.. sekarang Lagina Resort telah refurbish balik menjadikan souviner shop

We all naik titi kayu menuju ke Redang Reef Resort.. gelap je jalan kat sinitapi nasib baik akak bawak torch light..




Dalam kul 10.30 malam we all balik semula ke depan Redang Beach Resort sambil mendengar lagu lagu.. kalau lagu English boleh nyanyi sekali.. kalau lagu cina alamat melopongt laa..


Depan laguna Redang Island.. ada live band oleh resident artis.. okey nak masuk tidor.. esok pagi pagi ada trip ke Marin Park kang terlepas boat lak... :)

26 April 2013

PULAU REDANG-REVISIT PART 2

Sementara nak tunggu pukul 1 dapat kunci nak masuk bilik we all lepak kat lobi dan tepat kul 12 tengah hari semua serbu dewan makan.. budak budak semua we all kerah suh makan jugak.. dorang memang buat muka sebab sangat suka main pantai dan pasir tetiba kena suh makan.. for sure sambil makan mata tak lepas pandang ke laut.. makan pun sikit je..



 Hotel kami di Redang beach Resort.. First time akak pergi ke Pulau Redang akak stay kat Redang Lagoon Resort.. kat sebelah hotel nih je.. sebab pergi ngan kawan kawan office kat Redang Lagoon Resort murah sikit this time akak pergi nak selesa sikit so stay kat Redang Beach Resort.. lagi dua tahun akak target nak pergi sini lagi akak nak stay kat Laguna pulak..




  Makanan memang puas hati.. ye lah kalau nak ikut tekak sendiri memang tak lah.. tapi lauk dia banyak jugak dan akan top up kalau habis.. tapi tak menang tangan dorang nak top up sebab chayanunalif lagi laju dan tamak makan macam piranha..


Lauk lunch atas sayur, Ikan masak sweet sour rasanya.. sotong masak kung pow.. dan dimsum? semua chinese food.. tapi boleh je telan.. cuma yang kurang semua lauk langsung tak pedas.. Since Addy kena chiken pox dia boleh makan ikan sayur dan dimsum tu je.. ada juga meja untuk salad, sup dan buah buahan.. yang akak pelik kat sini Kim sangat suka makan salad.. dah macam lembu lak akak tengok..


Lepak makan slow slow sementara menunggu our room ready pada pukul 1 nanti... tu makcik eileen macam makcik kantin.. makan lauk je.. nasi tak mo.. huh rugii!!!



Finally our room is ready.. akak nye bilik kat tingkat atas.. eileen nyer bilik kat tingkat bawah.. tak dapat bilik sebelah menyebelah sebab kat bahagian bawah bilik for Quad sharing.. bilik kat atas tuk Triple sharing.. bagus jugak bilik kat atas nih sebab akak boleh sidai macam macam kat balcony tanpa risau kena songlap

our room satu katil queen tempat beradu akak dan alli dan satu katil single buat orang yang kena kuarantin kena chiken pox... btw kat balcony nih panas waktu petang..sidai kain sekejap je kering.. tapi kalau bukak langsir nampak bilik chalet lagoon beach resort.. bilik akak no complain at all aircond kuat.. memula akak rasa panas je.. rupanya Addy tak tekan satu finction kat remote tu.. sebab tu lah tak rasa sejuk.. sepanjang kat sini tak payah off pun letrik..sebab masuk bilik sejuk je.. dalam bilik ada tea making facilities tapi kopi teh or milo kena bawak sendiri yek.. dia sediakan cerek dan cawan je.. akak siap bawak kordial walaupun tak ada peti ais...


Almari baju yang cute.. ada safety deposit box kalau nak letak duit dan barang berharga..



bilik air quite big dengan hot shower facility tapi a bit rustic maybe sebab selalu kena air masin.. kalau nak buat air tak boleh amik air dari bilik air nih.. kena pergi dewan makan dan amik air dalam bekas baru masak.. akak dah well prepare siap bawak bekas air besar dan bekas air kecik lagi nak bawak gi snorkelling.. dalam bilik air semua lengkap dengan sabun dan syampoo serta hair dryer..

okey berehat sebenar dalam bilik sebab dalam kul 2.45 petang ada satu trip snorkeling kat laut dalam.. bagi kim's family memang first time.. so mereka sangat excited..


Semangat betul akak.. seawal pukul 2.30 akak dah tiba kat tepi pantai lagak seorang scuba divers..dengan wetsuit 3mm tebalnya..  kakakaak.. rupa rupanya eileen dan family lagi awal dari akak.. siap dah berendam dan berlife jacket kat pantai..


see.. eileen macam makcik makcik nak g snorkeling dengan tudung ariani nyer.. sebab dia tak pandai berenang awal awal lagi dah kancing life jacket simpul mati nyer.. takut tenggelam katanya..


Posing dulu. akak ingat eileen nih terer berenang macam itik.. rupa rupanya harghammm.. ngan ikan pun takut.. kakakakakak

Okey kim memainkan peranan sebagai coach kepada anak anak.. prektis nak snorkeling


Tapikan akak tak pernah nampak orang pergi snorkeling tengah laut bawak duit.. nak beli ikan ke pun.. pulak tu dengan duit duit dia terjun tepi pantai.. abih basah semua.. korang pernah nampak orang jual askrim tengah laut?.. kot dia ingat kat tengah laut ada kedai yek...


Sebelum first time snorkeling dorang terangkan cara cara pemakaian Mask dan snorkeling gear.. what u can do and don't.. isyarat kecemasan kalau lemas or panic.. satu lagi.. bagi menjaga coral di dalam laut kita tak digalakan memakan sun block nanti akak merosakan coral tersebut.. dan kaalu kita pakai sun block kat muka menyebab air masuk dalam mask tu sebab minyak dari sunblock tu akak memudahkan air mengalir dalam mask.. dah terlambat.. akak dah pakai berlapis lapis sunblock..


Sampai kat laut sebanyak 4 buah boat dari Redang beach resort pun berlabuh.. apa lagi chayanunalif pun berderu deru terjun macam terrer.. tapi akhirnya berpaut kat tangga je.. buat susah nak turun je.. lepas tu panic.. macam dah nak lemas dah.. nasib baik beach boy ramai memerhati tarik dia dalam boat..apa daa.. yang paling tak tahan tahap selfish dorang nih.. abih anak akak dan anak eileen dorang tarik macam nak buat pelampong sebab panic.. kecoh dan bising jangan citer laa.. geram tul lah. punya banyak anak akak telan air..main tarik tarik je tak peduli budak kecik.. nak je akak libas ngan fin akak... dah lah alli tak pakai mask sebab dia tak suka.. Addy lak memang tunggu atas boat sahaja sebab akak tak bagi dia terjun nanti pedih kulit dia..


sebab tu akak bawak alli snorkeling jauh sikit sambil ada sorang beach boy guide akak.. alli takut ikan so dia buat akak macam dolphine.. dia duduk atas akak nih.. terpaksa akak pakai life jacket..kalau tidak tenggelam akak nih.. seriusly kalau pakai life jacket memang berat dan susah nak swim.. akak pakai fin pun tak leh gerak.. kena guna tenaga yang banyak.. apakan daya anak akak kena kasi jaga maaa...


Setelah penat berenang sambil alli kat belakang akak nih akak hantar dia kat atas boat dengan addy.. akak snorkeling sorang sorang.. eileen awal lagi dah naik atas boat sebab takut kakakakakak.. dia takut ikan.. do you believe it? hahahahahha.. akak amik gambar underwater pakai camera Olympus Tough TG-610.. dapat lah serba sedikit gambar.. tapi spot kat sini tak best.. seingat akak masa akak stay kat Lagoon resort dia bawak tempat snorkeling yang best banyak coral dan ikan.. kat sini macam kureng je..


Tengah syok snorkeling akak nyer snorkel jatuh kat dasar laut.. jenuh akak mencari jumpa jugak.. since akak tak pandai skin dive dan dalam sangat akak tak berani weh.. dah lah sorang sorang.... dan tempat tu memang sangat dalam lebih dari 5 meter so akak suruh beach boy nih amik kan.. ngada sangat kan.. padahal kalau hilang bende tu kena bayar RM30 weh.. paksa jugak dia turun amik..

tak banyak gambar akak.. ada satu gamnbar akak skin dive kat situ tapi beach boy tu amik tak clear.. takpe next time akak nak beli camera Go Pro HERO3.. baru puas hati..


Selepas satu jam setengah kat sini we all pun gerak balik ke resort..bayangkan tengah hari rembang ada kat tengah laut selama satu jam lebih.. memang dayang senandung lah akak nih...


Air membiru.. terserempak jugak dengan penyu.. tapi kalau kat perhentian dulu akak dan jimah terus terjun dari boat  kejar penyu tu.sehingga just satu meter je nak capai penyu tu.. besar sungguh.... kat sini dorang tak berhentikan boat tu.. tak kan akak nak suh berhenti layan akak sorang nih..


sampai dah kat tepi pantai.. resort yang kat depan tu Laguna.. bagi akak the best lah kalau kat area Pasir Panjang Pulau Redang.. tapi ada satu resort lagi baru bukak Sari Pasifica.. harga memang mahal.. bilik macam cantik.. tapi sunyi je.. tak lively.. resort besar macam tu tak ada orang sangat.. sebab boat nih tak boleh ke tepi sangat semua main terjun je dari boat..




sambil tu dorang sambung mandi kat depan resort.. semua tak nak minum petang yang telah disediakan oleh resort.. ye lah hari pun tak berapa panas memang best lah sambung mandi kat depan hotel je.. yang tak best kulit akak telah bertukar warna jadi merah.. huwaaa. .. lama akak belai kulit nih supaya cerah berseri..sampai kat pulau tak sampai satu hari dah lebam huhuhu.. macam mana nak buat video gwiyomi sambil buat feeling muka cute.. :(