25 May 2013

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART 5

Alamak perasan tak my followers dah cecah 100.. thanks yek yang sudi jadi followers  akak yang selalu rempit tak tentu pasal.. spelling error.. korang terpaksa main teka teki apa akak nak tulis sebenarnya.. hahahaha.. tapi rasa bersalah pulak akak kalau tak update blog.. korang sorry yek kalau akak dapat sindrom MALAS nak conteng kat sini.. 

Okey akak sambung.. Akak bertolak dari Chu Chi tunnel pukul 1.30pm, sampai kat Bandar lebih kurang pukul 3.00pm .. akak dan teman baru kat vietnam bercadangan nak ke War Museum.. dan adik adik yang follow akak tu pun nak pergi ke war musem.. ye lah dah tengok tempat dorang berkubu selama berbelas tahun nak tgk jugak apa sebenarnya yang berlaku ketika perang dan semasa perang.. 


Bayaran masuk ke War museum 150,000 VND seorang.. tak mahal lebih kurang dalam RM1.5 seorang dan di dalam nih kita boleh tgk gambar gambar yang sangat menyayat hati kanak kanak dan wanita yang tercedera dan terbunuh.. sebab itu akak benci peperangan..







Banyak gambar gambar dalam nih akak tak capture.. kalau uols 1st time datang boleh lah melawat museum nih.. tempat dia tiga tingkat dan berhawa dingin dan selesa  Waktu operasi war museum ialah
7.30am sehingga 12.00 tengah hari
1.30pm sehingga 5.00pm

Di Bahagian luar banyak tiunggalan kapal terbang dan helikopter tentera US.. mereka kalah engan meninggalkan beratus ratus kenderaan tersebut. akak dapat tahu meraka tinggalkan beratus ratus kenderaan  tentera dan sebahagian kenderaan tersebut terpaksa dilupuskan.. yang ada kat museum nih hanya untuk pameran tinggalan tersebut 





Lepas kami melawat ke Wa museum we all balik ke hotel dengan berjalan kaki.. kalau ikutkan kan akak tak jauh dalam lebih kurang 3km kot.. tapi kalau ada anak kecik uols better naik teksi.. we all singgah kat Banana Leaf saigon makan malam.. memang mahal makan kat sini (tapi lagi mahal kat kedai sebelah Hajah Basiroh tu)  no choice.. standby je lah duit kan..

Dalam perjalanan jumpa lak kedai kopi yang femes..



akak lupa nak amik gambar akak punya kopi. tapi dalam nih paket 3 in 1 ada dalam 50 paket kecil..memang sedap harga nya ialah 116,000 VND.. Rugi lak akak beli satu paket je..sedap uols.. dan Halal...Rasa nak patah balik just nak beli berbagai bagai perisa kopi yang ada kat situ.. akak pergi betul betul kedai kopi Trung Nguyen

Okey akak stop dulu.. nanti akak citer lagi.. jangan jemu yek uols.. Daaaaaa

22 May 2013

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART 4

Sorry friends/reades nak sambung balik kisah HCMC nih agak lembab.. maklumlah banyak benar.. akak tak sangka akak kena prepare lagi dua travel itinerary for damily.. sebenarnya ada tiga.. akak terpaksa tolak pelawaan babysitter Alli ke Port Dicson dorang dah siap booked hotel penginapan tuk we all.. tapi tak ada rezeki.. kita sambung pasal kisah HCMC nih sebelum akak benar benar sibuk.. apa kena nih makcik duk rumah pun sibuk?

Seawal pukul 3.00 pagi waktu tempatan akak dah bangun.. excited ke lapar tatau lah.. nak tunggu pukul 7.00 pagi akak layan main game candy crush.. pukul 8.30 pagi akak dah plan dan dah booking kat hotel Saigon Pink 2 nask ke Chu Chi tunnel.. bayaran akak kena bayar kat Saigon Pink 2 ialah 9 USD (RM27.00) seorang bagi pengankutan by Tuan travel ke Chu Chi tunnel.. perjalanan memamakan masa 2 jam jugak.. sebelum tu akak dah bersarapan siap siap kat Basiroh tu nasi lemak dan kopi ais tuk dua orang dah kena 130, 000 dong (RM19.50)  makanan memang mahal dan nasi lemak itu sungguh tidak sedap huhuhuhu.



Dalam perjalanan we all duduk kat belakang sekali bersama adik adik yang kami jumpa di airport tu.. sakit pinggang weh duk kat belakang dengan bas dia tak selesa langsung.. tapi tahan je lah.. explaination tentang Chu Chi tunnel dalam bahasa English yang agak sukar jugak nak paham.. maklumlah lain accent kan.. bertolak pukul 8.30 pagi..jemput kat depan hotel Saigon Pink2 seperti yang we all janji..



Dalam perjalanan singgah di Handicapped Handicrafts by penduduk vietnam yang terkena Agent Orange akibat peperangan atau pencerobohan US.. sangat kesihan semua effect kat bahagian kaki dan perubahan genetik.. termasuk ibu ibu yang melahirkan bayi selepas terkena agent orange punya bahan kimia..  tapi mereka sungguh creative


Suasana mereka tekun berkerja dalam suasana senyap.. semua mereka mempunya defect tubuh badan yang paling ketara bahagian kaki menyebabab kan mereka tidak boleh berjalan dan melalukan kerja berat..


Dan barang barang yang mereka jual juga tidak murah.. maybe susuai dengan hasil lukisan tangan mereka yang memakan masa nak buat kan.

Pasu
lukisan atas ceramic

Pasu lagi

Free hand @drawing scraping

Setelah kira kira 30 minit di situ we all bergerak ke Chu Chi tunnel tempat asal tujuan kami.. sampai di Chu Chi tunnel kira kira pukul 11.00 pagi.. cuaca panas terik nasib baik kawasan nih merimbun dengan pokok..sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal chu chi tunnel nih sila gugel yek..akak malas nak citer sejarah nih..sebab sejarah negara akak nih pun akak masih fail.. tapi akak tahu lah serba sedikit berkenaan war di vietnam dan ChuChi tunnel.. tak pun sampai kat sana dorang akan buat briefing dalam kira kira 15 init tentang perang dan chu chi tunnel nih


Entrance fee ialah 90,000 dong (RM13.50) seorang..

Antara senjata milik US yang di tinggalkan.. orang vietnam berperang sangat simple dan gerila style..


Rules



Di sini kami di beri briefing selama 15 minit dan ada tayangan video black and white ketika perang dan penerangan tentang tunnel di situ..


Seperti biasa akak dan adik adik nih duk kat bahagian belakang dekat dengan kipas.. mat salleh semua khusyuk dengar citr.. we all asean.. dah tahu


Salah satu tunnel yang boleh nak jenguk.. tapi banyak ulat gonggok besar.. macam naak ular dah akak tgk huhuhu geliiiiii

Penerangan oleh veteran perang Jackie

Jack nih berada di dalam tunnel ketika perang dahulu.. bagaimana dia survice beberapa tahun dia dalam tunnel tu yang macam laluan tikus..merata rata boleh keluar
Demo memasuki lubang kecil yang tersembunyi

Dorang boleh lak masuk dalam lubang tu sebab dorang kecik.. kalau akak mau sebelah peha je lepas.. lain lain sangkut..


Kalau terpijak terus menuju ke besi besi tajam..
Buat buat khusyuk dengar citer
Hey dude chiggy time?
Salah tu meh akak buat!!

Ventilation system. bagi membekal oksigen dalam tunnel orang ingat busut..
US lari tinggalkan kereta kebal nih sekali
Salah satu contoh jerangkap samar
Door trap sesuai tuk laki yang kuar rumah senyap senyap

Dont touch .. opsss sikit je..




The end of tour kita akan diberi peluang tuk menembak menggunakan senjata betul dan peluru betul.. Addy dah macam budak budak masuk candy store..


Dia pilih M16. minimum 10 peluru kena beli.. so M16 punya peluru 40,000 dong sebijik so total 400,000 dong (RM60).. boleh lah.. tapi uols jangan gatal gatal amik kelonsong peluru tu nak wat tanda mata, cenderamata ,, lekat korang kat airport kang.. berani tak???

Happy kid.. bising woo kiri kanan bunyi orang menembak
Berehat sebentar sementara menunggu Addy keluar dari tunnel
Cak!!! tak berani duduk dalam tunnel lama lama.. 1st station dah keluar
Okey lah nanti akak sambung lagi yek.. hari nih akak free sebab laki akak  gi office anak akak gi sekolah satu rumah nih akak punya dan nak tulis blog tanpa gangguan.. lapar???? tahan jeeeeeee

16 May 2013

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - PART 3

Nak citer pasal shopping ke nak citer pasal tempat menarik di HCMC?? hahaha sure nak tahu pasal barang shopping, harga runtuh.. tertarik dan the bomb kan.. okey lah.. jap yek nak stop main games jap.. tarik napas semua.. hembus.. siap kan kopi, milo dan teh kat sebelah.. banyak betul gambar nih.. nih pun tak upload semua.. kalau upload semua mau esok jugak uols tempah tiket Air Asia terus ke HCMC haahhaha.. nak raya kannn..

Kita mulakan jelajah kita kali nih ke Ben Thant Market atau lebih dikenali sebab Cua Tay. info dari reader Ralat. Ben Thanh market bukannya dikenali sbg Cua Tay tapi sebagai Cho Ben Thanh. i.e Cho adalah pasar. Terdapat 4 pintu besar di Ben Thanh iaitu Coa Tay, Coa Bac, Coa Dong bermakna pintu barat, pintu utara dan pintu timur respectively. Pintu utama mengadap bulatan besar tertera Cho Ben Thanh.. okey akak paste lah sikit info yang akak dapat dari forumer cari yek.. sebagai panduan.. tapi tak semua akak follow.. since akak cool jer berjalan dalam market tu tak ada pulak akak kena marah maki or gaduh ngan pekedai kat dalam tu.. akak singgah kat tempat yang akak rasa selesa je.. tak ada adengan tarik menarik dari pekedai hehehe.. sebab akak jalan macam orang mesekin.. ada jugak pekedai cuba intai duit dalam wallet akak sambil buat muka berlagak masa akak nak masuk kan duit small change dalam wallet.. dia tak tahu akak bawak banyak dollar tapi bukan akak yang pegang.. aka kat sini berurusan dalam dollar.. pastu akak rasa dalam ringgit lagi untung so akak tukar duit kat money changer..

Money Changer senang nak cari
1. HaTam Jewelery berada di Corner jalan persimpangan antara jalan  Phan Chu Trinh dan Nguyen Ah Ninh kiranya sederet dengan Hotel Saigon Pink 2..

2. Kedai Emas sebelah kanan Hotel Hai Nam selang dua atau 3 pintu..

Antara kedai recommended dari forumer sebab harga yang murah dan kain yang mempunyai corak yang cantik ialah kedai bernama DAM (no 433), Tuyet (berhadapan kedai DAM) , Thuy Duoc Fashion (no kedai 480-526-528-530)  akak jalan jugak memang cantik cantik kain dia.. tapi akak tak mo beli kain cotton.. akak nak cari baju siap jahit.. tapi kalau uols nak suruh dorang jahit pun boleh..siap dalam 24 jam.. terkejut?? haa ye 24 jam je..akak dah buat.. baju raya kami anak beranak.. jahitan sangat kemas hokey.. harga sangat murah..
 


kalau nak buat baju kerja pun boleh..sesiapa yang pakai blazer kat opis pun boleh tempah./.siap dalam satu hari jugak.. masa akak tgk rate nak buat suit sepasang adalah RM110 siap kain okey.. kain dia sangat kualiti dan cantik.. macam akak tempah baju melayu Addy dan Alli dengan kain sekali (kain italian Silk) RM115 jer.. siap upah dan kain sekali nih.. esoknya collect kat reception hotel je..

Antara option nak tempah baju boleh pergi kedai THUY Shop (no 385-387), satu lagi Lan(perempuan) Contact no +84907105279. boleh buat appointment dengan dia..dia akan datang hotel dan buat ukuran. upah jahit baju melayu USD15, Kurung pahang USD10, Kurung moden USD10, Dress paras Lutut USD14. Kedai jahit My Sang (depan Vi Anh Butik)


Contoh contoh kain berbagai bagai jenis cotton macam hari tu akak dapat USD7 sepasang.. tapi majority letak USD9.. kena pandai tawar.. tips datang awal pagi dan bargain sehingga dapat seperti harga yang uols nak..



Baju baju orang vietnam.. harga dorang letak memang mengarut..bargain sampai uols rasa mampu milik yek..


Handbag.. akak tak tanya harga sebab akak tak minat nak beli pun



okey akak beli kat kedai nih dalam 6 pasang baju..senang satu tempat.. kalau saiz kecik kecik tu banyak je.. saiz besar nih dah kurang.. ada yang akak berkenan tapi saiz tak de.. Harga bagi kurung Pahang siap bermanik nih antara RM50-RM55.. kalau uols pandai tawar dapat lah RM46.. heheheh which is akak malas nak buang tenaga tawar menawar nih..sebab akak dapat RM50 bagi setiap baju kurung pahang siap bermainik bagai tu pun dan cukup murah..

Banyak giler baju yang menarik kan.. tapi akak tak beli banyak.. akak beli untuk akak punya dua pasang je lagi 14 pasang semua oranglain punya.. giler berat beg akak tau.. sebab baju dorang semua heavy beads/manik.. rajin sungguh dorang jahit tangan manik manik tu yek.. dah lah jual murah murah je..sampai jenuh nak susun semua bagi muat KG akak nak naik AirAsia


sakan akak menerai baju kat dalam nih.. ramai je jadi pemerhati nak tgk cantik ke tak baju tu kalau berada di badan orang plus size macam akak..hehehehe


antara kain bukan cotton.. kain macam chiffon tapi ada beads dan glitter tu..akak tak tanya harga.. tapi memang menarik sangat.. kalau korang minat ngan lace atau lebih tepat prada lace kat sini pun murah. kalau kat KL prada lace dalam RM190 semeter kat sini boleh dapat RM60 semeter.. lace border pun murah sangat dan cantik cantik..kalau uols nak kawen boleh g sini dan tempah siap siap.. Insya-Allah dorang buat sangat kemas dan cantik..

Lagi satu option kalau nak berniaga dorang kata pergi ke Bin Thay market a.k.a Chollon market.. akak tak pergi lah sana.. sebab kena beli in bulk kain kat sana lagi murah dan lagi cantik.. nih akak sembang ngan peniaga kopi tepi jalan lah.. kat pasar Ben Thant dia kata tak cantik dan kualiti rendah sikit dari jenis kain..

Kalau nak pergi Chollon market a.k.a Binh Tay Mkt - Binh Thay Market tu kawan2 boleh naik bus no 1..tunggu kat bus station depan Bent Thanh Market (Cua Tay)..Bint Thay market tu last stop , bayar tambang 5000 VND (RM0.75). Nak balik pun sama ... tapi kalau ada byk beg nnt driver bas charge lagi VND 5000.. kena ingat bus stop mana berehenti dan bas warna apa uols naik..selalunya naik bas warna biru  putih dia akan berhenti kat stesen biru putih .

Akak pergi jugak saigon square.. dan barang kat situ lagi murah dari Ben Thant market.. tapi more to Tshirt lah..

Sebelah malam pulak lagi meriah.. kebanyakkan peniaga bukak kedai sampai kul 11.30 malam.. pasar malam pun sangat meriah .. mari kita jalan jalan.. hehehehehe






Sambil shopping sambil whatapp sebab ramai sangat yang mengirim baju.. so kena amik gambar dan send lah.. tapi ye lah shopping online live memang tak puas.. kena pergi dan test sendiri baju tu kan.. puas akak dok test baju kat badan akak nih..





Tengok tanda harga dalam RM dan US.. semua harga lebih kurang sama kat pasar malam mahal sikit tapi still boleh tawar.. ada orang dapat RM46.. giler pandai dia bargain kan..




 Pemandangan di kawasan depan hotel.. meriah walaupun dan pukul 9 malam..




Semua baju kat atas nih orang punya..akak punya hanya yang biru tu je.. dah tak muat beg dah.. tapi kalau beg tak muat boleh beli.. tapi Kg nak bawak naik kapal terbang je tak muat..



Uols minat tudung halfmoon.. akak pun tak tau apa lah tudung halfmoon tu.. akak tanya kat kawan akak dorang kata macam shawl boleh pakai macam tudung bawal.. kain chiffon harga RM18 sehelai..



Kain tudung 3 layer pun ada.. RM20 sehelai.. akak try test tudung tu.. heheheh nampak tak macam makcik jual tudung je akak kat tepi jalan siap jadi model.. kalau ada manik manik mahal sikit.. kalau kosong murah je..


Semua sudah di tempah.. akak boleh amik order nih last minutes hari tu sebab dia kecik dan ringan je.. baju kurung memang tak muat dah nak sumbat dalam beg

Sampai bilik akak siap amik gambar dan post dalam whatapp group.. akak pun jakun ngan tudung nih.. tapi akak sukerrrrrr.. cantik cantik kaler dia..




Abih cuci mata pasal baju kurung sulam manik semua boleh dapat RM50.. jubah pun boleh dapat harga tu..or murah lagi kalau uols pandai menawar.. telekong pun murah.. senang citer.. gi lah bukak website AirAsia.. gi cari tix murah ke sana beli baju raye..hehehehe

Kat sini banyak jual helmet.. comel comel je sebab kenderaan utama dorang adalah motosikal..


Kedai alatan sukan pun okey.. owh nak citer nak buat cermin mata kat sini sangat murah yek..beza separuh jugak harga dri KL ataupun 1/3 dari harga kat KL.. memang murah.. akak ada list senarai kedai yang boleh buat speck nih. tapi akak tak buat lagi.. tapi ramai forumer yang buat spek kat sini dengan harga aaaaamat murah siap dengan bingkai titanium lagi




Kedai fav akak.. beg pack dan outdoor gear

Kasut kanak kanak clerk pun cantik je.. sib baik anak akak dah besar..




Kedai baju for hiking dan winter. Cantik cantik dan meriah baju dia kan..murah dan berbaloi kalau rajin pergi ke oversea time winter kan..

Akak berjaya sambar 3 helai Rain coat nih.. memang tak basah lah uols kalau hari hujan InsyaAllah..akak dah try..uols akan sentiasa kering di hari hujan. warna pun cantik cantik.. okey lah akak nak sambung main games.. nanti akak sambung perjalanan tempat menarik dan makan di HCMC..