24 July 2013

KOTA KINABALU- PART 7

Boat Man akak sampai tepat kul 1.00 petang.. so kali nih kami cuma berempat sahaja dengan Minah French tadi.. dia memang dah cakap ngan akak nak ikut akak balik sekali pukul 1.00 sebab dia nak prepare ke Ranau nak naik Gunung Kinabalu.. giler berani sorang sorang travel Malaysia.. 

 Perjalanan dari Pulau Manukan dalam lebih kurang 10-15 minit sahaja ke Bandar Kota Kinabalu.. perut pun dah lapar.. we all menapak ke arah Jetty Jesselton dan kat sebelah Jetty tu ada Shopping Mall Suria Sabah..

 Jalan dalam keadaan panas terik dan banyak pit stop memang lah lama nak sampai.. dan akak bawak beg kecik yang penuh dengan baju basah dan tuala basah.. lebih 7 kg tu.. dan seperti biasa akak bawak sampel pasir dari pulau manukan sebagai koleksi pasir akak  dari setiap pulau akak pergi..

Kami sampai kat Suria Sabah Mall dalam pukul 2.00.. cari food court..anak akak dah rindu nasi ayam dia.. terkejut akak tgk food court kat situ bercampur dengan tempat makan or stall non halal.. akak terpikir macam mana pinggan mangkuk? tapi nasib baik akak nampak label pinggan magkuk for non halal food cleaner kutip.. tapi akak tetap makan nasi lemak bungkus dalam daun pisang.. sedang makan hujan ribut turun..kebetulan food court dia mengadap laut..so akak nampak lah macam mana gelora laut dengan boat kecik nak ke pulau gaya susah nak harung ombak.. Alhamdullillah akak sampai ke town sebelum cuaca ribut tu kan..


 Hujan reda baru akak menapak ke hotel di warisan Square tu.. ingat nak tahan teksi je.. tapi addy kata kita jalan slow slow aje sambil tgk apa dorang berjual kat lorong lorong..



Sepanjang jalan we all naik jejantas.. dan ada ramai peniaga berniaga perhiasan sepanjang kaki lima kat atas jejantas pedestrian walk.. jejantas nih bersambung antara bangunan dan bagunan yang lain.. best jugak tak payah lah nak menyabung nyawa jalan kat jalan raya..


 Cantik cantik.. anak akak beberapa kali tarik tangan akak jangan berhenti.. akak suka tgk perhiasan warna warni nih.. tiap kali anak akak tarik akak mesti dia kata. "jangan berhenti..nanti habis duit papa" hamboii Papa dia ajarkah :)


 Harga dia reasonable dan akak rasa ada setengah bende tu murah.. geram je akak nak beli tapi tahan diri sebab akak bukan pakai pun segala perhiasan nih..


Kedai jual Rumpai Laut macam macam gred.. sabun kolegen dan susu beras pun ada.. tapi sebiji dorang jual Rm5-8  fuh mahal sangat.. akak beli sabun susu beras tu kat Padang Besar satu dozen baru RM10


 Hasil laut yang telah di keringkan


 Rumpai Laut


 Kulit Kayu manis.. teringat masa akak pergi ke Padang Indonesia.. semua pakat beli bende nih bawak balik :)

 Cuci mata tengok spa yang berkanan di hati


 Dalam kul 4.30petang akak sampai kat bilik.. malam nih akak suruh Addy tapau je makanan akak tak larat nak keluar dah.. dalam kepala akak fikir nak pergi massage je..ngeh ngeh ngeh



 Matahari dah mula nak terbenam.. kul 5.30 dah macam nak senja dah.. sempat akak tidor sekejap dan bangun balik nak makan.. dah pukul 9.00 akak decide nak g massage badan.. akak keluar sorang je sebab banyak SPA sekeliling hotel tu...


Depan meridien nih ada beberapa SPA


Akak pilih Helen Beauty dan Reflexology.. akak ingat nak buat foot 1 jam dan badan 1 jam.. tapi dorang kata tak sempat sebab tutup pukul 11.. akak sampai kat SPA tu pukul 9.30 so amik pakage yang satu jam setengah.. kaki setengah jam dan badan satu jam.. dalam tempat massage kaki tu sangat selesa dan barang barang dia suruh simpan dalam laci dan kita pegang kunci so kamera tak boleh guna lah..


Harga pakage termasuk tax.. wah kat sini semua ada tax..


 Tukang urut kaki akak nama MAYA org pinoy  .. terus terang akak kata kalau akak boleh rate dia akak rate dia 4/10 je.. tak sedap langsung.. kaki akak  main belai belai picit je.. banyak ngelat.. tapi akak diam kan je.. akak ingat urut badan orang lain tapi dia jugak.. akak cakap nak kuat tapi hmm malas nak cakap lah rugiii rugi..

dan akak ada baca review hok Sun Way Wellness Reflexology nih sedap tapi dia tutup awal.. petang dah tutup kot.. akak malas nak naik atas tingkat satu amik brochure..

akak jalan kaki ke hotel dengan perasaan hampa.. chaih..dalam banyak banyak tempat reflexology dekat ngan hotel terkena hok tak best..

Klagan Hotel nih terletak satu deret ngan hotel akak tapi dia terus nampak lobby sedangkan gotel akak kat tingkat 7 pintu sebelah kena naik lift baru nampak lobby..


Malam nih akak tidor dengan muncung dan tak puas hati.. lain kali tak payah lah bermassage kat tempat yang tak biasa.. nyesal!!! huhuhuhuhuu

23 July 2013

KOTA KINABALU - PART 6 (MANUKAN ISLAND)

Hari ke 3 di kota kinabalu.. akak dah terbangun pukul 5.00 pagi.. ntah kenapa kalau kat Sabah nih memang automatic pukul 5 pagi mata akak dah terbukak.. semangat nak jalan jalan or sebab pukul 6 dah cerah tatau lah.. 

Lepas akak packing beg kecik akak nak ke pulau.. pukul 8.30 akak breakfast dulu kat kedai mamak on the way nak ke Jeti..akak dah survey harga tiket kat Jesselton Jetty.. Rate dia seperti di bawah.. yang nih akak survey tuk ke satu pulau je seperti manukan yang lebih tourist friendly akak rasa.. lagipun akak tak plan nak stay kat pulau sampai petang.. kalau boleh by afternoon akak nak balik dah.. uols larat ke duduk kat tempat panas satu hari :).. lagipun masa akak stay kat KK nih manjang hujan waktu petang..

Ke Pulau Manukan 

Dewasa
boat ticket : RM23
Jetty Fee: RM7.20
Island Fee : RM3.00
Total RM33.20 seorang

Kanak Kanak 2 tahun dan ke atas
Boat Tiket : RM18
Jetty Fee: RM3.60
Island Fee: RM1
Total RM22.60 seorang

Boat kami naik
Tapi tengah akak menapak ke Jetty dari hotel (actually agak jauh gak dalam 2 km) sampai lepas je sikit dari pasar Philipine ada penjual tiket..kalau akak panggil ulat lah dok tawar harga tiket boat ke Pulau Manukan.. rate dia tawar ialah RM30 bagi seroang kanak dewasa dan kanak kanak free.. so total akak kena bayar RM60 dan RM6 Island Fee so total kami bertiga ialah RM66.. bagi yang bajet macam akak kira murah laa..kalau beli kat Jetty sah sah akak kena RM89 tuk 3 orang..

Rental life jacket dan goggle ialah RM15 satu set..


We all tak naik kat Jesselton Jety.. kami naik kat dengan pasar philiphine je bersama dengan penduduk pulau Gaya.. tapi dorang naik boat yang tak ada bumbung tu


 Akak seram tgk dorang nyer boat naik ramai ramai.. siap ada cina nak pasang piring astro dish naik sekali.. orang pulau Gaya nak pasang Astro katanya kan..


Okey fine boat kami seramai 7 orang je dan sorang minah salleh dari france.. gerak ke Pulau pukul 9.00 pagi..sepanjang jalan minah france nih banyak berkomunikasi dengan akak dan kat pulau we share kat mana ada nemo fish.. tapi dia terrer berenang.. laju je dia ke tengah dah lah ombak agak kuat.. akak malas nak snorkeling kat sini sebab frust kat sini tak secantik Redang dan Perhentian dan air dia agak keruh jugak.. tak jernih sangat lah.. dan banyak dead coral dan batu kat pantai bahagian cetek..


boat dalam 10 minit je dah sampai ke Pulau Manukan.. dari tepi bandar Kota Kinabalu pun dah nampak pulau tu.. sebab tu akak rasa air dia tak cantik kerana terlalu hampir dengan pulau penempatan penduduk seperti Pulau Gaya yang akak rasa dorang memang buang segala sampah sarap dalam laut..


 sampai kat Jetty Pulau Manukan


Cuaca memang panas terik.. akak tak pakai sun block sebab menjaga keselamatan coral.. coral nih alah kepada sun block.. tapi malangnya coral kat sini dah lama mati..kesian.. tapi kalau nak tgk ikan warna warni still banyak lagi tapi tak sebanyak kat redang dan tak secantik ikan kat Redang Island



 Sebab air tak cantik anak akak pun tak ada semangat nak swim dia lebih suka main pasir dan swim sikit sikit..


Yang akak suka kat sini ialah kawasan dia banyak tempat nak letak barang dan redup dengan pokok.. last akak jejak kat sini 10 tahun lepas dan kali nih akak siap bawak kain pelikat nak buat alas.. tapi banyak je meja.. tak pe boleh buat cover barang akak masa nak pergi snorkeling nanti.. akak pilih spot dekat dengan life guard..senang nak suruh dema tgk kan barang akak kan..

Dua beranak main tepi pantai je

Alli suka main pasir

Kawasan pantai yang redup

Kerusi dan meja banyak disediakan kat tepi pantai



 Kepada sesiapa yang nak menyewa mask snorkel dan fin boleh sewa kat sini dan tikar pun dorang sewakan.. tapi harga dorang mahal sikit dari yang akak dapat dari boat man akak tadi kan


Pasir di manukan Island




Akak tertarik dengan peralatan nih. nama dia Scuba Doo. mengikut kata owner nih dia yang reka dan buat bende nih.. orang lain tak ada..sebab dia tak jualkan patent nih kat sesiapa pun bagi yang tak tahu berenang dan takut dengan kedalaman boleh je sewa bende nih RM150 tuk lebih kurang 45 minit rasanya.. setiap Scuba Doo nih di datang kan dengan seorang divers


Dia macam naik motor dan kita masuk kan kepala kita kat dalam bende bulat tu..air tak masuk kat situ dan kita dapat bekalan oksigen.. nak tgk ikan sambil makan dan minum pun tak pe.. Divers akan amik segala bentuk kerang dan sua kat cermin tu tuk kita pegang dan tengok.. bende nih attached dengan tali dan akan tenggelam lebih kurang 5 meter ke dalam laut tapi dia tak jejak ke lantai laut.. ala ala macam cable car laa..




bende nih akan di tolak oleh divers ... seorang satu ada divers masing masing dan dia akan parking kat tengah laut tuk melihat lebih banyak ikan dan coral kat situ.. sesiapa yang tak pernah snorkeling kat laut dalam boleh try..mana tau jenih yang takut nak snorkeling tu kan.. bagi akak yang dah biasa ke tengah laut.. boleh berenang sendiri .. :) lagipun rambut tak basah sebab tekanan dalam helmet tu tak membenarkan air kena kat muka kita.. tu akak kata boleh makan dan minum sekali dalam laut heheheheh



kat sini tempat nak salin baju dan mandi memang best.. besar dan bersih dan banyak.. uol bawak jelah sabun dan syampoo.. dah towel sendiri.. puas hati lah bilik air dia memang banyak dan air laju je.. sedap lak mandi lepas melekit mandi laut..

Dalam pukul 1.00 tengah hari akak dah janji ngan boat man suh amik akak dan Minah salleh tadi.. nasib baik we all bertolak kul 1.. kalau pukul 2 tadi memang tak sampai lah ke bandar sebab hujan dan ribut sangat kuat.. boat kecik semua tak boleh ke tengah kena tolak ke tepi balik. akak tengok laut gelombang kuat masa tengah lunch kat Suria Sabah.. Food court dia mengadap laut :)

19 July 2013

KOTA KINABALU - PART 5

Malam hari kira kira kul 9.30 malam..we all berjalan ke sebelah pasar Philippine.. kat situ ada jual barang barang basah dan sayur sayuran.. dan ada banyak gerai gerai yang menjual ready made seafood dan made to order.. puas lah akak jalan cari  gerai yang berkenan di hati.. hujan dah start turun rintik rintik.. kebanyakan akak tak ada teruja nak makan tak tahu lah..maybe environment dia kurang bersih dan tak betul tempat makan akak pergi

 Akak sebenarnya teringin nak makan lobster sebab dorang kata lobster murah kat sini.. dan seafood murah murah belaka.. tapi akak tak rasa murah pun.. akak ada sembang dengan orang tempatan masa jalan kat KK dorang kata kenapa orang semenajung kalau pergi ke KK sure nak beli udang.. padahal kalau compare harga tak de lah murah sangat kat pasar Philippine tu.. akak tau majority kat situ tempat makan hok nak target pelancong je.. so dorang memang tekan harga sunguh sungguh.. actually akak ada beberapa list tempat makan tapi list tu akak tertinggal kat KL dan kebetulan we all tak sewa kereta kat sini so agak susah lah nak pergi cari tempat makan seafood yang betul betul murah dan sedap.


 Tempat makan.. kita pilih gerai dan bagi tahu jenis masakan yang kita nak dan dorang akan masak serta hantar ke meja kita.. susah weh nak cam dorang muslim ke tidak.. akak cari hok berkopiah dah bertudung which is akak nampak satu kat jalan mula mula masuk



 Kepak ayam nih gerai hok akak makan punya.. katanya bapak dia punya kepak ayam.. order tuk Alli RM1.50 sekepak dan tak sedap pun.. huhuhu


 Majoriti dorang letak ikan 100gm between RM4-6.. tak kan nak amik ikan 300 gm kan.. mesti dekat 1kg jugak.. Udang 100gm pun lebih kurang macam tu..akak amik udang tak delah berapa besar RM24 for 3 ekor (bukan lobster tau) akak round check harga lobster RM 18-20 100gm.. kalau 400gm dah berapa kan.. hmmm cekik darah jugak..


 Ada setengah gerai dah siap bakar kalau kita nak dia akan panaskan dan hidang.. tapi akak sangat was was.. akak tak mo sakit perut .. maklumlah ntah berapa lama dia dah siap makanan nih.. dan ntah berapa hari dia carried forward kan.. tak dapat akak nak imejin



 Lobster nih ada satu gerai akak rasa bukan muslim sebab akak nampak ada tatoo.. dia kata siap masak apa yang kita request.. RM20 segram dia charge akak.. berat lobster nih akak timbang dah 400gm sekor.. tak lah besar sangat.. dah jadi RM80 huh membazir lak rasanya



Masih hidup lagi.. fresh tu memang fresh tapi sedapke dorang masak

Kepak Ayam

Udang masak Cili
 Akhirnya akak makan kat kedai muslim yang pertama kali akak jumpa.. kedai tu takde lobster katanya dah habis.. harga dia murah dari kedai lain.. tapiii.. akak request udang masak butter dia kata bahan dah habis.. akak syak dia tak pandai masak.. sebab dia masak udang cili pun sesungguhnya tak sedap.....akak tengok dia masak pun akak rasa dia bukan tukang masak yang terrer.. takut ngan minyak dan api.. kita boleh kenal orang yang biasa masak dan baru beberapa minggu masak..


Akak amik ikan susu RM4 segram.. suruh dia bakar tapi sampai je dia masak tiga rasa.. tibai lah..perut pun dah lapar sebab dah lewat dan sangat lama menunggu.. dalam lebih kurang 35 minit.. lauk dah sampai tapi nasi lak tak sampai sampai. beberapa kali panggil dia kata pinggan habis nak kena basuh.. dia basuh kat tempat lain..lama lak tunggu.. kalau sedap takpelah.. nih hampeh rasa nya.. huh nyesal..

Air akak beli kat kedai lain sebab lambat sangat nak tunggu air dia sampai.. total expenses malam nih aje tuk makan bende tak sedap lauk dua jenis nih RM50..sungguh tak berbaloi.. misi mencari lauk seafood sedap hancur berkecai.. hmm takpe lah.. memang tak pergi dah pasar Philippine nih

okey kena tidor awal malam nih sebab esok nak gi round pulau. nak kasi gelap lagi muka nih..