28 September 2013

HAPPY BIRTHDAY PAPA DARLING

Hari nih genap umur Papa darling hubby 39 tahun.. Selamat hari jadi.. semoga murah rezeki panjang umur kesihatan yang baik untuk menjaga Bonda, Mama dan Alli.. Addy nih memang dari kecil tak sambut birthday.. sejak bercinta ngan akak 20 tahun lepas baru lah pandai meraikan hari lahir nih.. dan Addy nih susah sangat akak nak teka apa dia punya minat.. macam akak senang je.. bagi je lah parfume, bunga dan make up dah settle.. tapi Addy lain sikit dia memang begitu..

Macam hari nih akak offer nak beli di parfume dia tak mo.. last year akak bagi dia wallet akhirnya akak juga yang pakai dia punya wallet. dia seorang yang simple.. tapiiii akak nak gelak pulak dia pergi beli helmet motor sebagai hadiah hari jadi dia.. kakakakakakak.. pelik kan.. tapi asal dia minat beli lah..

dan anak akak alli sangat lah jeles..dekat 30 minit dia nyanyi sorang sorang happy birthday to me sebab dia kata tak ada orang nak nyanyi tuk dia.. padahal birthday dia bulan 12.. suruh stop nyanyi sampai berair air mata dia tetap nyanyi happy birthday tuk dia.. nampaknya esok beli cake terpaksa lah nyanyi lagu birthday tuk Alli jugak.. so setiap tahun 3 kali dia sambut birthday.. tak termasuk birthday cousin tetap birthday dia..

Note: Addy beri akak duit hadiah hari jadi dari dia hari nih suh masuk dalam ASB.. akak kan mana ada gaji so dia lah kena bagi hadiah birthday walaupun birthday dia.. dan akak dapat beli satu parfume baru heheheheh
Simpanan hari tua katanya (buku bank laki akak pegang) 

Womanity from Thiery Mugler 

21 September 2013

BERANGAN KE BOHEY DULANG

Akak memang suka sangat kat laut dan pantai.. kalau ada pilihan akak nak berumah di tepi laut.. sekarang nih akak tengah berangan nak simpan duit nak pergi ke semporna ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Mabul, Pulau Sipadan.. kalau aku kayaaaa!!! iskk nyanyi lagi.. tak apa angan angan dulu.. doa banyak banyak :)

Gambar cilok dari 2121studion.com
 Mengikut pembacaan akak pulau bohey dulang, pulau mabul dan sipadan memerlukan permit atau kebenaran untuk visit. sebab pulau pulau tersebut merupaka taman tema negara dan hanya limit beberapa individu dalam sehari.. sebelum ke sana sila rancang dulu perjalanan anda.. nanti tak merasa nak jejak kaki ke pasir pulau tu.. terus kena halau balik kan..

Gambar cilok dari fb kawan akak, mior (menggunakan iphone)
Untuk mendapatkan pemadangan begini anda harus mendaki setinggi 600meter kot sebab kat puncak tu uols boleh merakan gambar yang sangat superb nih.. owh kawan akak dah pergi sini baru baru nih dan gambarnya as is it..  sangat superb tak perlu edit bagai

Gambar cilok dari fb kawan akak, Mior (menggunakan iphone)
owh airnya yang jernih memanggil manggil aku.. mengikut kata kawan akak dorang tidor kat mabul bajet chalet je tak ada aircond bagai.. dan buat day trip naik boat ke Pulau Bohey Dulang nih.. kalau lah akak ada sesiapa yang sudi pergi dengan akak alangkah bahagia....

20 September 2013

EXOTIC LEATHER PYTHON SKIN

Hai uols nak iklan sikit.. sikit je.. hahahah tapi jangan lah sampai lepas nih uols lempar cat merah kat rumah akak nih yek.. 

Okey akak ada tempah handbag kulit ular sawa nih.. and then dah sampai semalam baru akak realised akak dah ada 3 biji handbag kaler nih.. memang memula akak nak tempah warna hijau.. since stock ular kaler hijau dah habis so akak bagi lah contoh 5 lagi kaler.. dalam 5 kaler tu ada lak akak selit kaler grey nih jugak.. dah siap dia pos alamak.... kaler grey jugak yang menjadi.. akak tempah nih kat obersea yek :))) negara nih di rahsiakan nanti WWF datang serbu huhuhuhuhuu..


Design dia memang akak buat besar supaya akak boleh letak macam macam dalam beg nih macam doraemon.. Zip kat tepi kiri kanan tu cosmetic je.. boleh bukak tapi tak ada ruang nak isi barang pun


Bahagian dalam menggunakan kain suede warna beige dan ada satu zip compartment dan tempat letak handphone


 saiz dia  sedang sedang aja.. actually ada dua biji lagi handbag kulit lembu.. custom made lah..so dia brandless. .tapi tetap guna kualiti leather yang bagus gak.. sekarang akak berminat nak design macam macam benda pakai leather nih.. bukan kulit ular je.. tapi kulit lembu, kulit buaya, kulit biawak dan berbagai bagai kulit taw.. permulaan akak nak buat lanyard ID case boleh gantung kat leher kan..

saiz bag berbanding saiz akak.. so korang leh imejin lah yek

Harga? kalau akak letak RM650 tu kira murah kan.. alaaaa kulit ular nih.. susah nak tangkap.. ular besar lak tu.. murah lah kalau uols nak beli original kulit ular sawa dari Gucci yang berharga USD 3000 ke atas.. tak caya gi lah website gucci.. heheheheheh


Tapi memang cantik kan.. kalau aku kayaaaa!!!!!.. kalau aku kaya..!!!!! SILA JANGAN SIMBAH CAT KAT AKAK YEK hahahahahahaha....pergi simbah kat umah PM sebab kak ros pakai kulit buaya lagi rare dan mahal :)

13 September 2013

ALLI YANG DAHULU DAN ALLI YANG SEKARANG

Diam tak diam dah banyak perubahan yang ketara anak bujang akak nih.. ye lah bulan December  nih nak masuk 6 tahun.. tapi dah terasa big boy sangat.. tetiba terasa nak ada baby baru.. rezeki je tak ada lagi.. kalau boleh akak nak 6 orang anak.. beli van terus kekekeke.. takpe lah sorang nih pun jadilah.. buat kawan gaduh :)


Alli ketika kecil tak pernah takut dengan orang..sampai sekarang  tak ada takut ngan orang langsung.. sangat senang nak jaga.. time makan kat restaurant ramai je pelayan restaurant nak pegang dia.. sebab dia suka gelak gelak dan manja sangat..siap lentuk kepala kat bahu orang lagi.. time nak massage badan punn siap tokey kedai tolong pegang dan main main ngan dia.. senang sangat laa.. akak tak bagi sebarangan orang jugak.. kalau pasti dia pakai uniform restaurant dan orang yang akak biasa je akak bagi pegang.. nanti hilang pulak

Time jalan dia pun senang.. dia nak tidor kat mana mana pun boleh.. kat stroller, kat dalam kereta.. dia ta tidor buai.. senang betul nak bawak jalan.. dia merengek kalau dia nak makan or minum je.. diapers baah pun rilex je tidor.. maybe sebab akak memang sentiasa pakaikan dia mamy poko tu yang tahan lama..

Sebenarnya dia lebih suka duduk atas stroller dari kita dukung.. smapai umur dia 5 tahun lebih dia nak duduk dalam stroller.. baru baru nih je dalam 2 bulan sudah dia tak nak naik stroller dah.. dia malu katanya.. kalau dulu pantang dia tidor dalam kereta dari parking lot ke rumah akak rela akak sorang dalan stroller (rumah akak tingkat 17, parking pun jauh) sekarang nih nak dukung pun taknak.. dia malu.. jalan kaki jugak walaupun mata pejam

Memang susah nak bergambar..smaa macam sekarang..selalu tak nak pandang camera.. orang kata camera shy? tak macam mama dia pantang nampak orang tala camera..

Makan still memilih.. dia hanya makan roti canai cicah telur separuh masak waktu pagi.. (roti canai fav dia) , red bean dan roti bakar je.. makanan fav still tak berubah. nasi ayam, ayam goreng, sup ayam, ayam kurma.. nampak tak?? Ayam jeeee

Owh puting dia berjaya stop masa umur dia 3 tahun.. lega akak.. kalau tidak asik beli puting je sebab ntah mana dia campak..sejak dah berhenti akak berjaya kumpulkan puting avent tu ada sampai 6 biji.. semua jumpa kat bawah katil dan merata rata..

Alli diaper free ketika umur dua setengah tahun.. dia stop completely  pakai waktu siang dan malam.. dalam seminggu train dia tak payah pakai waktu siang.. dah berjaya.. memang penat sikit lah selang 15 mninit dia kata nak kecing. tapi lepas sebulan dia tak payah pakai waktu malam dah.. selamat duit diapers akak..

kalau dulu suka makan suap sendiri..sekarang suka kita suap.. kalau dia suap sendir memang tak habis makan.. kalau kita suap sampai tak cukup dia makan.. sekarnag nih memang suruh dia suap sendiri kalau makan kat kedai..dah nak masuk 6 tahun.. sampai bila nak suapkan..

Owh sekarang nih cukup pandai memilih baju dan kasut sendiri.. lain dari taste dia memang dia tak mo pakai.. jangan pandai pandai nak beli baju atau seluar yang dia tak berkenan..memang tak berpakai lah jawabnya

Sekarang nih dah tak mahu pakai stroller dah.. stroller nih dah bagi kat cik bunga pakai.. harap cik bunga suka duduk dalam stroller nih

Seluar pendek sekarang dah tak mahu... pantang dia pakai seluar pendek atas paras lutut.. seluar 3/4 boleh.. tapi lately dia nak pakai seluar panjang.. dah malu pakai seluar bermuda tu.. kat rumah je dia pakai seluar pendek.. dah anak bujang anak mama nih


Alli berkhatan ketika dua minggu lagi dia nak berumur 4 tahun.. such a brave boy.. senang juga nak jaga.. cuma kesian lah kecik kecik dan kuat tahan sakit
Masih suka main pasir pantai dan mandi laut..

Sekarang nih suka berangan.. suka buat review dalam bahasa english tentang mainan baru, atau apa apa sahaja..pengaruh youtube
Ipad tak lepas dari tangan.. tapi bukan main game.. dia hanya tengok youtube evantube HD, atau review barang mainan.. dia tak suka main game
sudah pandai berenang sejak umur 3 tahun.. dia memang tak pernah takut air.. teringat bawak dia pergi mandi kat hotel Mak akak jaga dia.. sekali Mak akak  yang terkejut sebab dia tanpa takut terjun dalam pool yang dalam dan dia timbul sendiri masa umur 2 tahun setengah.. tak pernah takut air..

Sekarang dah lebih 3 minggu stop minum dalam botol sebab dia malu teacher kat sekolah tanya dia minum botol susu lagi ke? memang dia stop immediately.. akak cakap tak bagi tahu teacher pun dia tak nak minum dalam botol..sekarang dia minum susu dari dalam cawan.. tapi bantal busuk itu tetap di cari kalau nak tidor malam.. heheheheheh

Membaca banyak improvement.. dan akak rasa pencapaiann yang besar bagi kanak kanak Dyslexia macam Alli dan dia sangat bagus dalam Mathematic kata teacher dia.. Alhamdulillah..

12 September 2013

KOTA KINABALU PART 10-FINAL

okey kira last lah entry nih yek.. malas nak citer hok panjang lebar.. lagi pun tak ada bende nak citer sangat..lainlah kalau akak pergi area belah tawau or semporna.. sah sah akak singgah kat sipadan mabul bagai.. haa tu baru banyak citer.. tak pun akak buat cover story pasal perang kat lahad datu dulu.. 

seawal pukul 9.00 pagi we all dah bertolak ke Crocodile Farm di Tuaran.. tuang minyak siap siap RM25.. perjalanan memakan masa kira kira 30 minit kalau tak silap akak.. maklumlah akak laki bini mana pakai jam.. sempat lah breakfast kejap .. kang lapor pulak.. ada nampak buaya macam udang lipan..or lobster ;)



Jalan masuk nak menuju ke crocodile farm.. akak pergi tengok buaya nih pun sebab request dari anak Alli.. kalau tidak takde makna nya nak singgah.. lainlah kalau pergi tempat buat handbag dari kulit buaya.. yang tu dari kul 6 pagi akak dah beratur kat luar pintu pagar :)


Tuaran Crocodile Farm nih satu tempat habitat berbagai bagai jenis buaya hasil usaha orang perseorangan yang sangat gemar buaya nih..akak tak baca sangat story dia.. tapi macam tu lah.. pengusaha nih sangat minat dengan buaya nih sejak kecil lagi..


Muka budak yang sangat excited.. tak sabar nak masuk dah

Bayaran Masuk (warganegara)
Dewasa 12 tahun ke atas RM13
Kanak Kanak 4 tahun ke atas RM6

Masa Operasi
8.30 pagi hingga 5.30 petang

Crocodile Show
11.00 am dan 3.00pm

Cultural Dance Show
11.30am dan 3.30pm



Buaya baring di atas buaya:) satu buaya darat satu lagi buaya keras...ini semua buaya betul tapi telah di awetkan.. buaya nih di tangkap setelah memakan seorang manusia.. OMG!!!





Ray Ban RM8.. beli sebab KK panas sangat.. akak  punya sunny lupa lak nak bawak

Dia nyer kepala asyik follow akak pergi mana jer.. minat kah??



Sebenarnya buaya boleh jadi jantan or betina.. bila smapai tahap tertentu baru tahu jantan or betina.. tapi banyak juga yang pondan (bisexual)  hahahahahah










Kat sini ada lah sediakan makanan haiwan yang boleh kita beli nak feed haiwan kecil dan comel dan kebulor nih.. banyak gak duit akak habis belikan tuk memerang nih..sebab anak akak suka sangat nak bagi dia makan.. tak kenyang kenyang pulak tu memerang nih


Ni masa animal show.. bagi akak kurang best lah.. tak ada lah dia bagi masuk pegang anak buaya ke.. jadi tetamu jemputan ke.. aksi yang lebih mencabar.. maklumlah akak tak takut dengan buaya.. akak berani je nak pegang buaya nih..sebab akak pernah dukung anak buaya kat taman buaya melaka..setap kali akak pegang buaya akak terbayang akak pegang handbag kult buaya je..



sape berminat nak beli daging buaya bole beli yek.. harga telah dinyatakan di atas.. tetiba rasa kembang tekak akak .. dorang memang makan daging buaya ek???


 okey lepas tu akak singgah di Hard Rock Shop kat Kota Kinabalu.. Beli barang sikit sebagai souvenir sebab tak ada beli apa apa pun kat sini.. Addy dan anak akak dapat sehelai T Shirt sorang satu akak dapat shot glass tu je.. Shop dia kecik je.. dalam kontena kontrak tu je..

 Cuba cari akak  yang tersembunyi.. kebetulan tema kita sama lah LOL!!!

Lepas tu akak balik ke bilik.. Boys buat hal masing masing iaitu pergi kedai toys akak pergi mana lagi.Spa lah..akak pergi Spa yang satu deret ngan Tune Hotel kat level 1..kali nih memang sedap.. orang sulu yang massage.. baru puas hati.. balik bilik dah pukul 5.30 petang..akak kemas kemas barang sebab nak check out pukul 8.00 malam..


 Singgah makan kat tepi pantai dekat ngan Airport..akak lupa nama dia tapi memang banyak gerai dan seafood..seperti biasa akak makan sampai 20 kepak ayam.. bukan akak sorang..sekali ngan Addy dan Alli :)

Kat sini ada jual berbagai bagai jenis jeruk..akak dengar orang kata sedap tapi akak tak teringin nak beli.. ntah..sebab dah rasa nak balik KL sangat..sampai airport pulang kereta dan check in barang.. pulak flite delay 45 minits..dalam kul 11.15 malam baru lah nak bertolak ke KL.. sepanjang perjalana tidor jer..cuma bangun masa dorang serve food..makan lagi nasi beriani huhuhuhuhu.. smapai KL dah awal pagi.. memang sampai rumah lempar semua barang dan terjun katil tanpa tukar baju tidor pun..sangat penat berjalan jalan ke KK rupanya.. Sekian :)))))