11 August 2014

BINIKU GANGSTER KATANYA!!!-SKEM GOMBAK

Salam semua.. muncul balik.. ingat dah masuk kubur kan nok? haha kejam sangat..

Sesekali akak rasa nak berblogging akak masuk lah sini.. tapi rasa macam nak tutup blog.. sayang gak pasal citer citer travel akak kalau  tak simpan sini.. anak akak tak dapat lah tgk sebagai kenangan walaupun cuma akak je sorang yang travel kakakakakkak.. padan muke Alli!!!! (kalau dia pandai baca nanti dah tua tua mesti akak kena tinggal kes balas dendam kan..)

Okey kali nih akak nak citer lah pasal kegigihan laki bini nak amik Lesen B Full.. sapa yang tatau B Full nih tuk sesiapa nak menunggang motosikal kuasa tinggi walaupun motornya tak de lah tinggi sangat.. Laki akak dah ada Lesen B2.. bolehlah  bawak moto kecik bawah 250cc sesuai dengan saiz akak yang petit nih kan.. Akak nih yang takde langsung lesen motor rengek rengek nak jugek!!! tak nak amik B2 dulu terus nak amik B Full

Disebab kan ringgit di tutup rendah selepas Hari raya maka akak memilih tempat yang paling murah.. mulanya laki akak, akak biar dia cari sendiri.. maklumlah kononnya dia nak cari tempat yang lagi murah..sekali masa akak register elok je dia hulur IC dan lesen memandu sekali nak belajar kat tempat yang sama.. akak Register kat Azhan Batu Caves.. (agent) bagi akak kalau bagi markah register kat dia akak bagi 5/10 kot.. nak tahu sebab apa? sebab dia janji nak buat lesen L akak seminggu je.. sampai dah nak masuk 2 minggu takde lagi.. pastu dia suh g belajar ke SKEM batu 11 gombak tu dengan transport sendiri.. kata dalam website perkhidmatan ambil dan hantar percuma..  pastu dia kata pegi sana terus cakap student dari Azhan.. (akak bajet dia besor lah sangat orang nak layan kan) kisahnya laki akak pergi hari pertama kat SKEM gombak tu.. dia kata nak belajar B Full dengan tatau arah mana nak lalu org kaunter tu bagi kunci suh ikut je lah mana mana .. pusing pusing macam main funfair..  (akak panggil minah garu kepala sebab dok menggaru kepala je kalau orang tanya)

Hari Selasa lepas laki akak balik muka frust sebab dia kata macam belajar bodo je.. tgk kat internet macam lain.. pastu akak pun tepon lah azhan.. dia mati mati kata ada orang ajar.. akak mintak nama instructor dia terkulat kulat  je nak bagi nama pengajar motor.. akak insist nak nama instructor gak nak buat appointment (apa ke hal susah sangat  nak bagi no main lepas tangan je..) akak suh dia call dia tak nak!!!! dia tetap kata tak payah buat appointment.. tapi akak tak nak pisang berbuah dua kali.. laki akak dah cuak takut akak maki dalam tepon..

Okey lepas tu akak tepon lah nombor yang dia bagi nama Salleh dah berangkat akak citer lah hari selasa akak datang takde orang ajar..dlm pukul 10.. dia kata dia ada je.. tipu.. ntah mana dia mengular.. puas bebudak kat litar tu belajar sengsorang.. termasuk laki akak dok follow budak B2.. (lain B2 dan B full yek cara jalannya) so akak cakap akak nak datang hari Jumaat pukul 3 nak belajar motor.. pastikan dia ada.. pastu si Salleh nih membebel lah kat tepon pasal kata dia ada lah.. tak de gi mana mana lah.. akak nak bercakap dia nak bercakap.. tegang jugak urat leher akak nih..

Hari Jumaat yang dinanti.. akak cakap nak ikut laki akak.. boleh dia tinggalkan akak kat rumah.. lepas anta anak g sekolah terus dia pergi sengsorang.. dia takut akak jadi samurai kot kat litar memandu sana.. dan laki akak balik dia ngadu lagi.. si salleh tu ada tapi sampai lambat.. pastu dok bagi kunci motor suh bawak keliling trek.. dia tgk kejap pastu lepas 2 minit toleh dah takde.. hilang lagi.... sampai sudah tak ada dia.. dah lah moto tuk B full 1 je.. nak kongsi 3 orang.. tutup pukul 4 ptg lak.. so sorang dapat lah belajar 30 minit...sorang cina tu langsung tatau nak start moto..

Hari Isnin (hari nih) akak bertekad nak ikut..tak bagi ikut akak pancung kepala laki akak.. sampai je kat SKEM kul 1.30.. akak kasi chance lah maybe time lunch.. dia tunjuk Salleh (kepala botak) Salleh tu nampak je laki akak terus dia masuk dalam bilik ekon..(akak perhati je dia.. nak ke dia datang kat trek moto tu nanti) so akak pergi lah ke tempat orang belajar motor.. sorang pun takde.. akak bukak semua kipas dalam tu.. kat tempat menunggu semua bagai.. rasain!!! dalam 15 minit ada sorang cikgu Perempuan datang nama dia Cikgu Hawa.. haaa baru lega akak nih ajar.. memang berdedikasi step  by step.. akak stroy lah kes yang lepas lepas.. dia kata dia bercuti tapi dia heran kenapa tak ada insturctor yang lain.. dan kisah kan ada seorang budak dari sg besi  pun story yang sama.. siap bawak bapak dia misai melintang... nak komplen..

So panjang kan kisah akak nih.. kalau korang nak belajar kat SKEM cari lah Cikgu Hawa dan kalau boleh tak yah lah register kat Azhan tu.. macam tak amik pusing tak amik tau pun kerja agent nak senang amik duit orang.. BTW kalau ada lesen L Bfull nak tambah kelas RM450 laki akak kena.. akak amik L RM250 dan nak belajar nanti harga tak decide lagi sebab ada pertambahan ko kurikulum katanya..

So akak paste kan kat sini Video tuturial kat SKEM Gombak lead by Cikgu Hawa siang tadi.. nih cuma bahagian 2 yang melibatkan Titi, Zig Zag break kecemasan, pusingan 8 dan selekoh tajam.. tiada sebarang isyarat tangan diperlukan di bahagian 2. Sila Click HD untuk paparan yang jelas

SKEM Gombak sila naik kan gaji Cikgu Hawa.. yang lain tu tak yah takpe :)


http://www.youtube.com/watch?v=A77OPHNcT88&feature=youtu.be

Tetiba akak rasa macam akak garang macam Harimau.. Mid Life Crisis kot.. akak sangka akak rimau rupanya akak PANDA je...

1 comment:

Ismi Umar said...

Oh yus, please jangan tutup blog. Susah aku nak refer nak pegi jalan-jalan nanti. Hehehehe