13 August 2014

SKEM GOMBAK- LATIHAN MOTOSIKAL B FULL BAHAGIAN 3

Nak citer lagi.. gigih lak nak bercerita kan.. okey kali nih akak upload video latihan menunggan motosikal B Full Bahagian 3.. kali nih penuh aksi main wayang, tangan melambai macam sotong dan sebagainya...ini merupakan latihan di atas jalan raya di mana jalan dia tak sama dengan lesen B2.. 

Main wayang akak katakan sebab masa nak start motor tu kena check 10 bahagian iaitu lampu depan, sisi kiri depan dan belakang. sisi kanan depan dan belakang, lampu belakang, side mirror, baju vest, tali helmet dan helmet dan last sekali bunyi hon.. tet.. jalan......

pastu setiap kali kita nak menghampiri simpang atau selekoh kena lambai tiga kali sebagai isyarat slow down dan seterusnya berhenti dan free kan gear dan angkat tangan sebelah.. jangan dua dua belah pulak korang angkat tangan.. lepas tu nak jalan balik.. bagi isyarat tangan arah mana nak pergi dan masuk gear jalan.. senang kan.. okey sekarnag korang buat kat jalan raya.. mau terhoyong hayang kan.. heheheheheh

btw masa laki akak tengah prektis Cikgu Hawa tanya akak baru khawin ke.. motiff aww sangat.. dia kata manja je.. isk dia tak nampak akak macam rimau? ke dia nampak akak macam PANDA? laju je akak cakap dah kawen dekat 15 tahun...tetiba masa balik akak feeling jalan nak berpegang tangan pulak choiiii!!!

Nah saksikan video ini ye..seperti biasa sila click HD tuk paparan yang jelas.. sesia akak pakai gopro nak amik video nih kalau kabur je..


p/s: motif pukul 4.30 pagi akak masih menaip entry nih.. ? Akak lapor terbangun nak sahur nanti breakfast kul 8 akak makan lagi.. dasar perut tut!!!!

No comments: